Pages

Friday, January 27, 2012

Dress code

Selama aku kerja ni,semua office aku boleh pakai casual. So everyday aku just sarung jeans & top. Since aku berhijab ni, aku slowly pakai long sleeve, kalau baju tu short sleeve, aku akan cover lengan dengan inner. Sebab setahu aku seluruh tubuh aku adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Semalam aku gi office pakai crop tee+inner+sleeveless = total 3 pieces. Aku pakai sleeveless sebab crop tu pendek.Sleeveless aku tu panjang boleh cover bontot besar aku. Sesape yang tak tau cane rupe crop tu, sila google sendiri. Jangan malas.

Suddenly seseorang yang bertudung bertanya kepada aku, "berapa helai kau pakai baju ni? tak panas ke?". aku pandang dia sambil fikir nak jawab ke tanak ni..kalau ikut logik office aku memang hari - hari sejuk. So aku just jawab "level 26 hari ni sejuk gila. sebab tak ramai orang kerja". Sopan kan jawapan aku? kalau nak ikut hati nak je aku jawab seperti jawapan ustazah di atas. Sat gi orang menyampah pulak. Ilmu tak tinggi ada hati nak jawab macam tu =.=

Here some notes from Ustaz Mohd Fairuz Ali Akhbar which I read in FB :

Ramai ayah yang sayang anak2 perempuan mereka, tapi anak2 perempuan itu pula yang akan merendam mereka dalam neraka. Teruknya!!!! Siang malam ayah bersusah payah cari duit untuk keperluan sekolah, pakaian, makanan dan keperluan LAIN anak perempuan, belikan gelang, hantar sekolah hujan2, dan bila dewasa nak kawin, berpuluh ribu ayah berhabis. Kontang kocek ayah. Malangnya, anak yang disayangi itu, dibiarkan oleh ayah dengan auratnya tak sempurna ditutup, ada yang bertudung berbelit2 tudungnya, tapi tangan sampai kelengan telanjang saja, dan boleh nampak ketiak anak yang cun itu bila ia bergerak dengan tangannya. Manis memang manis, comel memang comel, macam tutup aurat sebab bertudung, tapi tetap merebus ayahnya dalam neraka. Kesian bapa. Seluarnya ketat menampakkan punggung yang masak ranum. Aduhai anak perempuan... ayah sayang kamu... tapi kamu rebus ayah kamu dalam neraka.... SubhanAllah. Sampai hati kamu. Tapi salah ayah juga... sebab tak pandai jaga...


Aku sayang bapak aku. Korang?



fiveinchheel.blogspot

No comments:

Post a Comment

hey it's you!