Pages

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Saya Dah Tak Guna Benda Tu..

PERHATIAN:

Saya sudah deactivate (lagi sekali) account Facebook saya. Ini adalah kerana idola saya Diana Rikasari takde pun account facebook. Tapi dia glamour je. Siap orang pakai pic dia buat fake fb account lagi. So lupakan hasrat anda untuk cari, add (kau ingat kau artis?) atau tag nama & pic saya kat FB. Sebab takkan jumpa pun. Hehe.You guys can find me here. Isn't it cool?? (cool lah sangat!)


xoxo,
fiveinchheel
8.48 pm

Wednesday, September 22, 2010

Mukabuku


Dulu masa I buat FB ni I just nak add kawan baik I Ecah. Lepas tu nak buat bodoh je. Sebab I tengah sebok layan myspace. Lama - lama makin hype pulak FB nih. Tiba - tiba kawan sekolah yang dah lama tak jumpa boleh jumpa balik, yang kurus jadik gemuk, yang gemuk tetibe slim river..macam - macam la. Balik kerja penat - penat pun ngadap menatang ni. Ntah ape yang best sangat ntah. Komen 1 pic then melarat - larat sampai cerita ntah hape - hape.

Tapi lama - lama I makin menyampah dengan FB ni. Sebabnya mende macam racun. Menyakitkan. Lagi - lagi kalau ada relatives yang add. Nak tanak kena approved la jugak. Kang dicop Si tanggang pulak. Kalau dapat makcik - makcik yang sporting xpe gak. Ni dapat yang mulut kepoh, pic dalam tu plak kemain sopan lagi. Dah jadik gosip masa raya. Hamboi...glamour kejap mak nok!

Lagi 1, FB ni dah jadik macam tempat luahan perasaan. Asal gaduh dengan tunang nak buat status, keluar dengan boyfriend nak bgitau 1 dunia. Kang kalau komen kang dah tentu dia punya reply "kalau tak suka jangan baca". Ek ele..ko hengat aku hadap sangat nak baca ke? Dah tentu - tentu keluar kat news feed. Sudahnya I hide terus orang gila publisiti camtu. Paling kejam I delete terus (rasanya delete I selalu buat)

Rasanya paling glamour sekarang orang kawen invite pakai FB je. I tak kesah sangat pun. Tapi ada jugak la some of my friends yang komen "ceh, ingat mat saleh ke nak invite pakai FB?kita orang melayu la. Kalau tak dapat bagi kad, call pun boleh kan?". Yang ni I tak boleh nak cakap apa. Kalau orang invite tu, pergi sudahh...Nanti kalau I kawen takde orang nak datang plak. Lagipun mulut orang mana boleh tutup. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.

I punya FB ni tunggu masa jugak nak deactivate nih. Album pun dah banyak I hide. Macam takde motif je nak letak album banyak - banyak. Bosan orang tengok.


p/s: Kalau tak puas hati dengan adik - beradik, kawan - kawan tak payah kot nak buat status. Putus sedara, putus kawan tros kang padan muka. Rasanya orang yang pendek akal je buat camtu. Setuju?


Sri Permaisuri
11.13 pm

**it's complicated**