Raya tahun ni I cuma duduk dekat rumah. Raya pertama pun bangun tidur lambat. Dah lah bangun lambat, pakai short je. Senang cerita tahun ni I tak beli baju raya. Untuk tahun ketiga I tidak berbaju baru pada pagi raya. Tahun ini juga tiada bermaaf - maafan dan bergambar bersama keluarga. Bukan kerana I anak yatim piatu. Bukan juga I berada di perantauan. I sendiri tak tahu mengapa. Yang penting setiap tahun I hanya menanti bulan Ramadhan. Syawal I lansung tak heran. Mungkin nak back up dosa - dosa yang pernah I buat kot. Atau mungkin I tak pakai baju kurung pergi kerja. Sebab tu I tak pernah beli baju kurung since I bekerjaya.
Ok. Stop cerita sedih.
Korang perasan tak raya tahun ni kat tv banyak cerita hantu? Baik Astro, TV1, Tv2, Tv3..melantak semua cerita hantu. Cerita Mak Indon jangan cakap la. Pocong 1, 2, 3, kalau pocong tu beranak - pinak agaknya mesti dorang buat tajuk filem Anak Pocong. Paling tak boleh blah Hantu Ambulans. Ambulans berhantu pastu kejar orang. Ek ele..kreatif sikit la Indon oi. Tahu nak ganyang orang je.
1 cerita hantu je I semangat tengok. Momok The movie. I pernah tengok cerita ni dulu. Tapi masa tu zaman VCD tengah hot gila. I ingat masa tu adik I sunat. Jadik bapak I akan belikan dia apa saja yang dia nak. I pun mengendeng la sekali. I suruh dia mintak kat bapak I belikan VCD Momok tu. Adik I ni sayang I lebih. So semua cakap I dia mesti ikot. Best kan? Tapi I tengok Momok the Movie baru ni sebab ada Hanis Zalikha! haha..kawan I cakap dia jadik bunian dalam cerita tu. Kemain semangat lagi I tengok sampai habis sebab scene dia last sekali. Momok the Movie tu pulak banyak version hantu. Ada pocong, pontianak, jenazah hidup balik sebab kucing hitam langkah..macam - macam dan merepek - repek cerita hantu ada. Sudahnya malam tu sepatutnya I janji nak lepak dengan kawan I terus I cancel sebab takut nak keluar. Ni semua pasal Momok The movie tu la.
Sebenarnya I takde idea sangat nak buat entry kali ni. Cuma masa tengok Momok tu I teringat kat sorang budak kecik yang sangat close dengan I. Selalu gak dia dengan family dia datang rumah. Raya itu hari dia lepak rumah I dari malam raya sampai raya ketiga. Dia ada kebolehan melihat makhluk halus. Dia tanya I..
Ashraf: Angah pernah tengok hantu?
Me: tak pernah. kenapa?Ashraf pernah ke?
Ashraf: Pernah
Me: Biar betul Ashraf ni... Macam mana rupa hantu tu?
Ashraf: Macam mayat tu. yang kena balut dengan kain putih (pocong la tu) . Dia ada 1 rumah. Ashraf tak boleh tidur. Ashraf kejutkan mama. Ashraf nangis - nangis malam tu.
Meremang bulu roma I dengar. Nasib baik rumah I tingkat 4. Mesti pocong tu penat nak loncat - loncat naik rumah I kan? rumah I takde lif. hehe..Banyak lagi hantu dia pernah nampak. Pernah sekali time tu Maghrib. Dia 1 family on the way balik rumah. Tiba - tiba dia nak keluar dari kereta yang tengah bergerak sebab dia nampak sekor hantu follow kereta dari mall sampai ke rumah. Dia cakap hantu tu ikut masuk rumah. Lepak kat dapur. Hantu tu besar, hitam. Pastu badan memancut - mancut darah. Perghh.. kebetulan masa tu cuma ada 2 orang kakak dia, mak dengan dia. Lelaki besar lansung takde. Menggigil masing - masing dalam rumah. Ada sekali bawak berubat. Pakcik bomoh tu cakap mak tiri dorang yang hantar benda - benda macam tu. Ish..tak tahu la betul ke tak. Tapi kalau betul, memang takde akal la orang tua tu. Hantar la makanan ke, hantar duit ke..hantar hantu pekejadahnya. Buat tambah dosa lagi ada. Sengal. Bongok. Pendek akal. ( Sorry I bergosip kat sini).
Raya ketiga dia nak gerak balik rumah, I saja pakai lipstik merah tebal - tebal pastu I cium 1 muka dia. Then I ketawe mengilai kuat - kuat. Dia mengamuk sambil cakap: Angah ketawa macam hantu! Nasib baik kau cakap aku ketawa macam hantu. Kalau kau cakap muka aku macam hantu mungkin ini raya terakhir kau masuk rumah aku Ashraf!
Nama: Ashraf Muhaimin
Umur : 5 tahun
Kebolehan: Melihat makhluk halus
p/s: I tengok orang lain semua buat entry raya. disebabkan I tak mahu dikatakan ketinggalan, I pun buat entry merepek ni. Ok la kan? kata "kreatif" (kreatif la sangat)
Sri Permaisuri
10.42 pm
**it's complicated**
Umur : 5 tahun
Kebolehan: Melihat makhluk halus
p/s: I tengok orang lain semua buat entry raya. disebabkan I tak mahu dikatakan ketinggalan, I pun buat entry merepek ni. Ok la kan? kata "kreatif" (kreatif la sangat)
Sri Permaisuri
10.42 pm
**it's complicated**
No comments:
Post a Comment
hey it's you!