Pages

Sunday, September 19, 2010

TRIM la.. bukan POTONG





Tengok rambut Hanis Zalikha ni. Cantik kan?cantik kan?original ok. I sangat adore gadis - gadis dengan rambut seperti ini. Rambut sahaja ok. Lain tak. I'm straight. Ok fine. Body figure dia pun I suka. Kurus nokk..peha dia pun kecil. Tak macam peha I. Peha besar gedabak tapi masih berangan nak pakai skinny jeans size 25.

Ok. Back to topic.

Selepas I menjadi kipas-susah-mati Hanis ni, I pun terus dengan semangat waja nak bela rambut panjang macam dia. Rambut je buat masa sekarang. Body nanti - nanti pun boleh. So dari awal tahun 2010 until now (September) I tak potong rambut. Cuma trim hujung rambut 2 atau 3 inci setiap 3 bulan. Kalau trim rambut yang hujung sebenarnya dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Bak kata gay kat office I "kau trim je sikit - sikit. Nanti tumbuh 2 kali ganda panjang".

Lepas borak dengan gay tu la hati I rasa makin teruja nak trim rambut. Kemain tak menyabar lagi nak habis kerja. Habis kerja I straight pergi salun dekat rumah I. Kebetulan masa tu I period. Tak puasa. So tak buka puasa dengan family sebab nak trim rambut punya pasal.


1 jam sebelum ke salun jahanam itu (rambut mak original jugak ok)


FYI, I takde fave salun. I pergi je mana - mana salun yang I suka. Sebelum potong rambut, I cakap kat dia "I nak trim je. keep the lenght". Stylist tu pun angguk sambil mula sepit rambut I. Nak start potong la tu. Sambil potong, dia borak - borak dengan I. Promote shampoo itu la, ini la..product tu la..ini la..marketing baekkk punya. I layankan je. Habis potong dia tunjuk rambut I. Mak aih.Speecless mak sekejap. Tak tahu nak nangis ke, nak jerit ke, nak melompat ke. yang penting dalam hati I cam dengar ada suara kecil menjerit "RAMBUT AKU!". Mungkin stylist tu nampak perubahan muka I, terus dia cakap "rambut u kering kat belah bawah. tu yang I potong banyak." (dia cakap bunyik cina, I traslate bunyik malay). Mangkok la kau nih...ish. Apa lagi I nak cakap?takkan nak guling - guling suruh dia sambung balik rambut? I angguk, diam dan terus ke kaunter nak bayar. "berapa?". "RM25 sahaja". Menyirap betul. Sumpah ni last aku pergi kedai kau. Menyesal!


On the way balik I terus text kawan I. Text tersebut berbunyi begini:

Me: Rambut I buruk!Orang tu potong pendek. I suruh trim. sengal gila. Tiada lagi rambut hot seperti dulu
Him: MMS la.
Me: Jap

Muka pura - pura gembira dengan rambut baru


Ini bukan trim ok. Ini sudah consider potong. Memang lagi 3 bulan baru dapat panjang balik macam rambut sebelum potong. Tak dapat I nak libas - libas rambut macam dulu. Tak dapat I nak jadik pontianak takutkan budak - budak balik mengaji. Ok ini mengarut. Lepas potong tu, I tidur awal. Mungkin terkejut lagi tengok rambut baru. Atau mungkin nak memujuk diri sendiri semua yang terjadi adalah sebuah mimpi ngeri. Tapi bangun tidur rambut I pendek jugak. I rindu rambut panjang I =(


p/s: Ada orang kata berak hari - hari rambut cepat panjang. Erk?! Betul ke?


Sri Permaisuri
4.38 pm

**it's complicated**

6 comments:

  1. berak mmg boleh bagi rambut panjang cepat...tapi tu bukan berak yg biasa...tu klu berak yg agak2 sembelit...& kuku pn akan cepat panjang...hihihihi

    ReplyDelete
  2. aku tengok rambut ko same aje dari dulu fesyen nye. kekeke :P
    tp, paling best time rambut ko mase cam lollipop dulu. hakhak..

    p/s: weh. ko tak berak hari-hari ke?

    ReplyDelete
  3. Mush: I harii mkn buah. rasanya xkn sembelit kott...hehe..

    Ecah: 3 cara je nak nmpk rambut aku lain. rebonding mcm rempit, potong kasik pendek btol, color rambut. tapi tiga2 aku tanak. xsanggup mak. ade yg tros pakai tudung nanti

    p/s: org punya schedule berak pon nk tnya ke?

    ReplyDelete
  4. Ok sesenang singgah Bayu Tasik ok? tehe.

    ReplyDelete
  5. Bayu Tasik condo?uik.stay situ ke?sangat dekat wohh..

    ReplyDelete
  6. i pon suka la rambut curl2 panjang2 ni .. hm ... haha .. kelakar je entry ni ..

    ReplyDelete

hey it's you!