Pages

Tuesday, January 18, 2011

Hari ini..

Hari ini saya sangat stress dengan kerja. Hampir - hampir saya putus asa. Saya text dia. Told him I can't do it anymore. Memang dah tak boleh buat. Semua terlalu susah bagi saya. Sampai saya rasa nak menangis, jerit kuat - kuat pastu bagi tender letter. Tapi apa yang saya dapat lepas tu?

Hari ini saya kena balik rumah naik train lagi. Sebab dia terpaksa pergi TV3. Ada kerja katanya.Dalam train saya ternampak seorang India. Saya tengok dia atas bawah. Saya rasa macam ada yang tak kena. Bila saya toleh lagi sekali baru saya nampak. Keadaan dia saling tak tumpah seperti adik saya. Cuma menggunakan sebelah tangan. Saya tak tahu dia jadi begitu kerana apa. Tapi saya tahu kenapa adik saya jadi begitu.

Hari ini adik saya buat pertama kali menyuarakan suara hatinya..Dia tak boleh nak teruskan belajar di Giat Mara. Katanya kursus itu terlalu berat bagi dirinya. Kena bukak computer, pasang balik, bukak skru, pasang skru. Dia tak boleh buat. Kerana kekurangan dirinya..Dia tak kuat. Walaupun nak membuka sebiji skru computer. Saya bertanya, "habis kalau tak nak sambung, nak buat apa?" Ini jawabnya; ""buat lah apa saja asalkan bukan teknikal". 


 Saya akui, adik saya tak kuat. Walau membuka botol sos perlukan seseorang untuk membantu. Saya tidak dapat membayangkan keadaan dia semasa di kelas, dalam bas, dalam train..Ya Allah..lindungi dia..Saya juga tak dapat membayang hidupnya jika ibu bapa saya sudah tiada nanti..mampu ke saya?

Selepas beberapa bicara dengan dia, saya cuma mampu memberi cadangan; "cuba untuk 3 bulan, kalau tak mampu juga, beritahu angah. Angah usahakan cara lain.". Saya kena kuat depan dia. Saya tak boleh tumpahkan air mata walau setitis. Saya terus masuk bilik sebelah. Di sebelah, saya lihat mak saya dengan wajah yang sangat risau. Ya, dia risaukan anak lelaki nya itu..

Hari ini saya belajar 1 lagi benda baru atau yang sememangnya saya dah lama belajar; Jangan pernah putus asa. Hari ini saya nak jerit pada semua orang yang sempurna fizikal seperti saya; Kita bertuah tiada cacat cela, jadi jangan pernah putus asa. Hari ini saya berbisik pada diri saya sendiri, walau apa pun jadi, saya kena teruskan juga kerja saya, saya kena berhenti merungut. 

Kalau lah saya dapat pinjamkan tangan kiri saya pada adik saya walau untuk sehari..


xoxo,
fiveinchheel





2 comments:

  1. tiada manusia yang sempurna kan..

    abang aku yang bisu tu banyak mengajar aku supaya kuat. bila mak aku minta tolong, dia tidak pernah berkata tidak. tapi aku yang agak sempurna, siap gaduh taknak buat. haih.

    dia yang bisu sanggup kerja OT pagi petang siang malam kat kilang tu. tapi aku, baru kerja lebih masa sikit dah ngadu stress-stress.

    insyaAllah, Nadirah. ada peluang untuk adik ko maju ke depan. pesan terakhir abah aku untuk abang aku, jangan lupa solat 5 waktu. solat itu satu kekuatan bagi golongan seperti mereka.

    aku sokong ko. jangan putus asa. go Nadirah! go Nadirah!

    p/s: setiap kejadian Allah ada sebabnya.. :)

    ReplyDelete
  2. don't take life for granted la.. appreciate it in everything you do.. moment to remember!

    ReplyDelete

hey it's you!