Pages

Showing posts with label telenovela. Show all posts
Showing posts with label telenovela. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

DRAMA KITA WAJAH KITA. KITA? TANAK AH!

21 apr - 9 may. Aku lepak rumah lepas resign dari company gila tu. Sementara nak start tempat baru, aku ingat nak kerja part time mana - mana. Tapi tak jumpa plak. Last - last lepak rumah je la..Nak tahu apa aku buat? bangun tido, tengok tv, makan, tido balik. Aku hanya akan keluar if dapat invitation dari sesape (Encik boifren la sape lagi). Pernah 1 hari aku sakit kepala sebab tak keluar rumah 1 hari. Yelah..dah biasa kerja kot. Bila stay rumah lama - lama otak jadik beku.

Kalau dah duduk rumah of coz aku jadik mak - mak. Semua drama kat tv aku hafal hokey..Tapi tujuan aku buat entry ni bukan sebab nak cerita betapa bestnyaaaa drama - drama melayu kat tv ni. Aku mahu beri kutukan hokey..kutukan membina. Kalau aku tak cakap mende ni aku rasa hati aku tak tenang.

Kalau siapa - siapa pernah tengok Lu Fikirla Sendiri - Nabil, confirm agree dengan dia. Drama melayu sumpah tak berkembang lansunggg! Antara cerita dorang:

1- Business nak juta - juta. Tak main la takat business jual nasi lemak tepi jalan
2- Sakit. Sakit nak barah otak, jantung. Takkan nak sakit tibi, demam kuning plak. Ko gila?
3- Awek kena innocent nak mampos, orang buli pun terima je
4- Repeat pelakon yang sama belakon. Kalau boleh dalam 1 hari tu kena muka dia je keluar dalam semua drama hokey!





2 poster ni drama melayu yang aku tengok. Tengok poster pun dah tahu kan? 2 awek 1 lelaki. Sorang awek muka suci abes pastu lagi sorang muka bitchy. Pastu jalan cerita macam yang aku sebut kat atas. Berkembang ke tak tu?


Tapi, baru ni aku tak sengaja minat sorang pengarah ni. Nama dia Khabir Bhatia. Dan aku selalu gaduh dengan Encik Boifren. Dia kata Khabir Bhatia india tulen. Cerita dia semua lebih kurang macam hindustan. (ye je so boifren nih) Ape dah takde pengarah melayu lain ke yang aku nak minat? Laa...memang dah takde kot. Tengok la drama ape yang dorang buat? Tipikal abes. Macam la perempuan melayu ni asyik nak berebut jantan je.




Aku start 1st episode tengok juvana ni aku asyik jadik sound effect. Sakit wokk dorang main belasah - belasah. Cerita ni best. Aku suka. Aku tak pakse korang tengok pon. Kalau still nak follow cerita Asmara pun takde hal. Mana tau lepas ni ada sambungan Asmara 3.


Tapi dalam banyak - banyak cerita, 1 ni je yang bebetol buat aku suka gila nak mampos. Sampaikan begaduh - gaduh dengan Encik boifren kalau dia ajak keluar time hari ahad. Kalau keluar gak, aku pakse dia hantar balik before pukul 7. Nak tahu cerita apa?hehe..meh tengok bawah meh..Scroll bawah sikit..

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V



Boboiboy. Ahad. 7pm.


Umur 25 layan kartun? Oklah tu kan. Hilang gak problem aku layan kartun yang memang tak logik ni. Nama watak antagonis dorang best wohh..Adu Du nama dia. Power kan?. Ahahahaaa..ahaaaaa...haahaaa...
**eh aku sorang je ke yang gelak?**



p/s: Rasa lega lepas buat entry ni. Hilang stress. Malam ni boleh tidur lena

Saturday, April 23, 2011

New job..AGAIN?

Company name: Steelcase Office Solution (M) Sdn. Bhd.
Position: Specification & Quotation Representative
Salary: P&C
Working day: Mon - Fri (require to work on public holidays)

Alhamdulillah, saya dapat kerja baru. Selepas saya nekad berhenti tiada kerja dari Valiram Group. Alasan saya mudah - saya tidak tahan kerja situ lagi. Ada orang lain yang lebih kuat mental fizikal dari saya.Saya percaya rezeki Allah di mana - mana. Job yang saya dapat ni pun takde related lansung dengan apa yang saya belajar. Ini job ke 6 saya. Saya harap ini yang terakhir. Penat gila kot asyik tukar kerja. Attend interview lagi lah penat!



p/s: jangan berhenti mencari kalau korang rasa kerja yang korang buat sekarang tak sesuai & tak berbaloi. But remember, don't work too hard; nobody notice


xoxo,
fiveinchheel

Sunday, March 6, 2011

Saya Menyesal

Kali ini sumpah saya dah tak boleh tahan. Baru 5 bulan saya di company baru. Tapi saya tak tahan tekanan. Bukan tekanan kerja. Tetapi tekanan politik pejabat yang melampau. Tiap - tiap hari saya bangun pagi, mesti saya harap hari itu hari sabtu. Atau saya akan berharap saya sebenarnya dah pun meninggalkan company bodoh itu. Tapi itu semua hanyalah 1 harapan palsu yang saya tak tahu sampai bila saya akan terus berharap. Memang saya dah penat tukar kerja. Dan saya juga tahu orang keliling saya juga sudah penat mendengar keluhan dan rintihan hati saya tentang kerja saya. Saya cuba untuk berpura - pura suka. Tapi saya gagal. Saya tahu saya perlu kipas kuat, baik dengan bos, pandai mengampu kerana itulah kehidupan di company saya. Tapi saya TAK BOLEH. Kat rumah pun saya selalu melawan mak saya, tak kan tiba - tiba saya nak jilat bontot - bontot bos di office tu seperti yang di lakukan orang- orang di company saya? Maaf. Saya bukan begitu. Saya lebih rela cari kerja lain dari hari - hari tekanan dengan kerja. Start dari bulan lepas saya dah aktif cari kerja. Tapi menurut kata seorang rakan saya, adat kerja di sini kena resign dulu baru dapat kerja baru. Mungkin kah ada dewa - dewa yang menjaga company saya itu? mungkin juga..pasal bulu ROH-ma saya selalu meremang kalau saya seorang diri stay back di office...


Kalau sesape ade lobang kerja kosong jangan segan silu update saya ok. Pasal saya hari - hari update resume saya. Thanks!

xoxo,
fiveinchheels
10.51pm



Tuesday, January 18, 2011

Hari ini..

Hari ini saya sangat stress dengan kerja. Hampir - hampir saya putus asa. Saya text dia. Told him I can't do it anymore. Memang dah tak boleh buat. Semua terlalu susah bagi saya. Sampai saya rasa nak menangis, jerit kuat - kuat pastu bagi tender letter. Tapi apa yang saya dapat lepas tu?

Hari ini saya kena balik rumah naik train lagi. Sebab dia terpaksa pergi TV3. Ada kerja katanya.Dalam train saya ternampak seorang India. Saya tengok dia atas bawah. Saya rasa macam ada yang tak kena. Bila saya toleh lagi sekali baru saya nampak. Keadaan dia saling tak tumpah seperti adik saya. Cuma menggunakan sebelah tangan. Saya tak tahu dia jadi begitu kerana apa. Tapi saya tahu kenapa adik saya jadi begitu.

Hari ini adik saya buat pertama kali menyuarakan suara hatinya..Dia tak boleh nak teruskan belajar di Giat Mara. Katanya kursus itu terlalu berat bagi dirinya. Kena bukak computer, pasang balik, bukak skru, pasang skru. Dia tak boleh buat. Kerana kekurangan dirinya..Dia tak kuat. Walaupun nak membuka sebiji skru computer. Saya bertanya, "habis kalau tak nak sambung, nak buat apa?" Ini jawabnya; ""buat lah apa saja asalkan bukan teknikal". 


 Saya akui, adik saya tak kuat. Walau membuka botol sos perlukan seseorang untuk membantu. Saya tidak dapat membayangkan keadaan dia semasa di kelas, dalam bas, dalam train..Ya Allah..lindungi dia..Saya juga tak dapat membayang hidupnya jika ibu bapa saya sudah tiada nanti..mampu ke saya?

Selepas beberapa bicara dengan dia, saya cuma mampu memberi cadangan; "cuba untuk 3 bulan, kalau tak mampu juga, beritahu angah. Angah usahakan cara lain.". Saya kena kuat depan dia. Saya tak boleh tumpahkan air mata walau setitis. Saya terus masuk bilik sebelah. Di sebelah, saya lihat mak saya dengan wajah yang sangat risau. Ya, dia risaukan anak lelaki nya itu..

Hari ini saya belajar 1 lagi benda baru atau yang sememangnya saya dah lama belajar; Jangan pernah putus asa. Hari ini saya nak jerit pada semua orang yang sempurna fizikal seperti saya; Kita bertuah tiada cacat cela, jadi jangan pernah putus asa. Hari ini saya berbisik pada diri saya sendiri, walau apa pun jadi, saya kena teruskan juga kerja saya, saya kena berhenti merungut. 

Kalau lah saya dapat pinjamkan tangan kiri saya pada adik saya walau untuk sehari..


xoxo,
fiveinchheel