Kalau dah duduk rumah of coz aku jadik mak - mak. Semua drama kat tv aku hafal hokey..Tapi tujuan aku buat entry ni bukan sebab nak cerita betapa bestnyaaaa drama - drama melayu kat tv ni. Aku mahu beri kutukan hokey..kutukan membina. Kalau aku tak cakap mende ni aku rasa hati aku tak tenang.
Kalau siapa - siapa pernah tengok Lu Fikirla Sendiri - Nabil, confirm agree dengan dia. Drama melayu sumpah tak berkembang lansunggg! Antara cerita dorang:
1- Business nak juta - juta. Tak main la takat business jual nasi lemak tepi jalan
2- Sakit. Sakit nak barah otak, jantung. Takkan nak sakit tibi, demam kuning plak. Ko gila?
3- Awek kena innocent nak mampos, orang buli pun terima je
4- Repeat pelakon yang sama belakon. Kalau boleh dalam 1 hari tu kena muka dia je keluar dalam semua drama hokey!
2 poster ni drama melayu yang aku tengok. Tengok poster pun dah tahu kan? 2 awek 1 lelaki. Sorang awek muka suci abes pastu lagi sorang muka bitchy. Pastu jalan cerita macam yang aku sebut kat atas. Berkembang ke tak tu?
Tapi, baru ni aku tak sengaja minat sorang pengarah ni. Nama dia Khabir Bhatia. Dan aku selalu gaduh dengan Encik Boifren. Dia kata Khabir Bhatia india tulen. Cerita dia semua lebih kurang macam hindustan. (ye je so boifren nih) Ape dah takde pengarah melayu lain ke yang aku nak minat? Laa...memang dah takde kot. Tengok la drama ape yang dorang buat? Tipikal abes. Macam la perempuan melayu ni asyik nak berebut jantan je.
Aku start 1st episode tengok juvana ni aku asyik jadik sound effect. Sakit wokk dorang main belasah - belasah. Cerita ni best. Aku suka. Aku tak pakse korang tengok pon. Kalau still nak follow cerita Asmara pun takde hal. Mana tau lepas ni ada sambungan Asmara 3.
Tapi dalam banyak - banyak cerita, 1 ni je yang bebetol buat aku suka gila nak mampos. Sampaikan begaduh - gaduh dengan Encik boifren kalau dia ajak keluar time hari ahad. Kalau keluar gak, aku pakse dia hantar balik before pukul 7. Nak tahu cerita apa?hehe..meh tengok bawah meh..Scroll bawah sikit..
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Boboiboy. Ahad. 7pm.
Umur 25 layan kartun? Oklah tu kan. Hilang gak problem aku layan kartun yang memang tak logik ni. Nama watak antagonis dorang best wohh..Adu Du nama dia. Power kan?. Ahahahaaa..ahaaaaa...haahaaa...
**eh aku sorang je ke yang gelak?**
p/s: Rasa lega lepas buat entry ni. Hilang stress. Malam ni boleh tidur lena
No comments:
Post a Comment
hey it's you!