Aku terlalu sibuk lately. Sungguh. Tak tipu. Sebab aku kena belajar mende baru. Walau susah pun kena belajar jugak. Takkan nak tukar kerja lain lagi?No no no...Tapi dalam sibuk - sibuk tu sempat gak la curik masa jenguk - jenguk blog kawen. Hehe..Nak tahu apa yang aku cari? Of cozz baju nikah. Yang paling penting aku kena cantik time nikah nanti.P.E.R.A.S.A.N =.=
Apa nak pakai weh??Aku terfikir nak pakai jubah time nikah. Tapi dah pakai mase tunang hari tu..Inspiration dari Hana Tajima dengan Sheira Ayob. Tapi si Sheira tu bukan jubah kot..Yang design baju dia Hatta Dolmat hokeyy..Yang design baju kiteww kedai Mari kat Jalan Tunku Abdul Rahman jewww..huuu..
This is Hana Tajima. (hof kozz korang tau). During her wedding. Simple & nice kan?
Ni pulak Sheira Aiyob. Super duper cantik baju dia..sangat suka tapi sangat tak mampu =.=
Ahahahaha..ini baju aku. (nak jugak letak.kau ingat kau artis?)
Jubah dress from: Butik Mari, Jalan TAR (murah gila ok!)
Tudung satin: from Jalan Tar jugak, then makcik sebelah rumah tolong jahit
Mekap: Sarah Diza merangkap Akak saya
Pelamin: SimplyCiptaBridal
Me & my bestfriend. Confirm dorang marah aku baru nak buat entry tunang nih. Hehe..Ni perangai kitorang lepas family lelaki balik.Abes props pun kitorang buat main. Wahahahaha...
from left: fati,myself,ecah
sit from left: nizah & hajar
Aku ada cerita kat kawan aku, time nikah nanti ingat nak pakai cam mase tunang. Bermakna tak pakai veil,crown,leret-leret...and all those things. Aku nak simple je.Pastu aku cakap sanding pun aku tanak. Dengan selambe dia marah aku. "Kau ni bukan simple. Kau ni PEMALAS.". Aku ketawa macam nak gila masa dia cakap camtu. Ahahahha..yeke aku pemalas? aku save la..pas kawen nak makan pasir ke?Lagipun mase tunang haritu duduk atas pelamin tak sampai 15minit pownnnn....Pelamin lagi mahal dari baju tunang. Huuuu...
Kat bawah ni antara hasil pencarian aku dalam penghasilan idea baju nikah nanti.
Taken from Amrul Kareem. aku suka baju dia. Manik penuh kat dada. Tak tau material dia apa. Tapi fabric material tu aku yakin akan membuatkan badan nampak cantik bila pakai (fyi,aku adalah seorang yang particular pasal pakaian & fabric material. Sangat particular oke..). Haritu dah jumpa kain untuk buat baju kurung macam tu. Kain sahaja RM800. Tak campur upah menjahit lagi. Tapi kain tu memang chantekkk...
Sources: Puteh, Rizalman Ibrahim
Dengar Rizalman Ibrahim dah tahu berapa harga kan? Memang jahanam..Kalu pakai black pun nice kan?Baru Classy. (mampos kena maki nanti)
So far 2 ni je yang berjaya menangkap mata aku. Aku memang simple. Malas nak pakai yang ada kerawang - kerawang bagai. Untuk baju time wedding ceremony nanti aku dah ada design. Tapi kena peram dulu. Takkan nak gitau sekarang. Tak jadik kawen plak aku nanti. Dah jumpa designer..riban-riban gak la nak design baju camtu..Huuu...
p/s: kalau hantaran pun tak yah bagi agak - agak kena maki tak? save ape..boleh simpan duit tu beli rumah
xoxo,
fiveinchheel.blogspot
No comments:
Post a Comment
hey it's you!