Pages

Showing posts with label weddingpreparation. Show all posts
Showing posts with label weddingpreparation. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Wedding preparation part 1

Aloha readers (ada readers ke?)! Akhirnya aku jenguk juga blog aku yang dah bersawang ni. Siap tukar background warna kuning dengan gambar perempuan muka sedih ikat tocang kiri kanan. Yang penting perempuan tu bukan aku.

Aku sememangnya tak layak jadi blogger sebab aku malas nak buat entry macam blog lama aku dulu (oh, how I miss my old blog). Lagipun lately aku sibuk dengan kerja, wedding preparation..So aku just jadi readers blog orang lain nak kumpul idea untuk wedding aku nanti.

Cerita pasal wedding ni aku nak cerita pasal persalinan aku untuk majlis bertandang nanti. As you know, kalau side lelaki memang Joe malas nak fikir. Lelaki kan..takkan beriya nak diamond bagai kat baju dia. So dia ikut je apa yang aku suggest. Aku banyak survey kat FB & blog. Ni je lah sources aku. Mana lagi nak cari. Until 1 day..ada wedding vendor ni promote dia punya baju. Less than 1k untuk lelaki dan perempuan.

Aku pun dengan bangganya proposed kat Joe and dia suruh aku email vendor tu untuk appointment. Aku siap bagitahu berapa budget untuk pelamin, baju dan mekap. Bila pergi jumpa memang she's verrryyyy nice....Bila dah bercerita, tengok baju,lukis-lukis pelamin yang aku nak..kitorang pun tanya berapa quotation. Yelah, nak tahu juga..kot-kot less than our budget ke..Alhamdulillah lah..jap gi kau nak tahu berapa? RM 3500 untuk pelamin je. What the hell? Aku duduk atas pelamin tu tak sampai 10 minit pun pastu kau nak charge sampai 3500. Dah la bunga tu macam aku tak tahu je kau beli kat romantika sekuntum 5 hengget kan? Eyy..memang betul cekik darah weh.

Lastly Joe decide just ambil baju je dengan vendor tu. After kitorang cakap just nak ambil baju dia macam quite disappointed. Layan pun so-so je. Kitorg email nak fitting baju before wedding pun tak reply. Amboi kau, cuba kalau aku ambil baju harga 5k mesti kau siap datang rumah aku kan? Melayu..melayu.. I won't tell you who's the vendor. Nanti tutup periuk nasi dia pulak.


Pelamin belah aku dengan Joe ambil dengan vendor yang buat masa aku tunang haritu - SimplyCiptaBridal. 2 side tak sampai 5k pun. Siap dapat free photobooth. Mampu? haha..boleh save sikit. Mekap aku ambil sekali dengan pelamin. EylaMukhtar. Berbaloi  - baloi ambil dengan diorang. Bukan aku kedekut. Lepas kahwin banyak lagi benda aku nak spend. Baik aku simpan duit tu buat pegi honeymoon dengan laki aku. Lagi baikkk. Kan?


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Friday, August 5, 2011

Simple ke Pemalas?

Aku seorang P.E.M.A.L.A.S? kau biar betul weh..sentap ni...

Aku terlalu sibuk lately. Sungguh. Tak tipu. Sebab aku kena belajar mende baru. Walau susah pun kena belajar jugak. Takkan nak tukar kerja lain lagi?No no no...Tapi dalam sibuk - sibuk tu sempat gak la curik masa jenguk - jenguk blog kawen. Hehe..Nak tahu apa yang aku cari? Of cozz baju nikah. Yang paling penting aku kena cantik time nikah nanti.P.E.R.A.S.A.N =.=

Apa nak pakai weh??Aku terfikir nak pakai jubah time nikah. Tapi dah pakai mase tunang hari tu..Inspiration dari Hana Tajima dengan Sheira Ayob. Tapi si Sheira tu bukan jubah kot..Yang design baju dia Hatta Dolmat hokeyy..Yang design baju kiteww kedai Mari kat Jalan Tunku Abdul Rahman jewww..huuu..


This is Hana Tajima. (hof kozz korang tau). During her wedding. Simple & nice kan?



Ni pulak Sheira Aiyob. Super duper cantik baju dia..sangat suka tapi sangat tak mampu =.=



Ahahahaha..ini baju aku. (nak jugak letak.kau ingat kau artis?)

Jubah dress from: Butik Mari, Jalan TAR (murah gila ok!)
Tudung satin: from Jalan Tar jugak, then makcik sebelah rumah tolong jahit
Mekap: Sarah Diza merangkap Akak saya




Me & my bestfriend. Confirm dorang marah aku baru nak buat entry tunang nih. Hehe..Ni perangai kitorang lepas family lelaki balik.Abes props pun kitorang buat main. Wahahahaha...
from left: fati,myself,ecah
sit from left: nizah & hajar

Aku ada cerita kat kawan aku, time nikah nanti ingat nak pakai cam mase tunang. Bermakna tak pakai veil,crown,leret-leret...and all those things. Aku nak simple je.Pastu aku cakap sanding pun aku tanak. Dengan selambe dia marah aku. "Kau ni bukan simple. Kau ni PEMALAS.". Aku ketawa macam nak gila masa dia cakap camtu. Ahahahha..yeke aku pemalas? aku save la..pas kawen nak makan pasir ke?Lagipun mase tunang haritu duduk atas pelamin tak sampai 15minit pownnnn....Pelamin lagi mahal dari baju tunang. Huuuu...


Kat bawah ni antara hasil pencarian aku dalam penghasilan idea baju nikah nanti.



Taken from Amrul Kareem. aku suka baju dia. Manik penuh kat dada. Tak tau material dia apa. Tapi fabric material tu aku yakin akan membuatkan badan nampak cantik bila pakai (fyi,aku adalah seorang yang particular pasal pakaian & fabric material. Sangat particular oke..). Haritu dah jumpa kain untuk buat baju kurung macam tu. Kain sahaja RM800. Tak campur upah menjahit lagi. Tapi kain tu memang chantekkk...



Sources: Puteh, Rizalman Ibrahim
Dengar Rizalman Ibrahim dah tahu berapa harga kan? Memang jahanam..Kalu pakai black pun nice kan?Baru Classy. (mampos kena maki nanti)

So far 2 ni je yang berjaya menangkap mata aku. Aku memang simple. Malas nak pakai yang ada kerawang - kerawang bagai. Untuk baju time wedding ceremony nanti aku dah ada design. Tapi kena peram dulu. Takkan nak gitau sekarang. Tak jadik kawen plak aku nanti. Dah jumpa designer..riban-riban gak la nak design baju camtu..Huuu...


p/s: kalau hantaran pun tak yah bagi agak - agak kena maki tak? save ape..boleh simpan duit tu beli rumah


xoxo,
fiveinchheel.blogspot