Pages

Showing posts with label everyday. Show all posts
Showing posts with label everyday. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Apa ada dalam handbag orang perempuan



"Kau ni bawak apa ha dalam beg kau tu?besar gila. boleh masuk gajah dalam tu"


Every time i hangout dengan kawan lelaki I, they keep asking me the same question. Ok malam ni kita selongkar handbag sorang artis name Cik Orked.



Ececececee..... artis ke kau? perasan!




**pandangan dasar handbag Cik Orked**





Mempersembahkan barang - barang dalam beg Cik Orked (mak oi...macam farmasi bergerak). meh sini I list out barang - barang dalam beg I


1- Beg mekap - Mascara
- Eye Liner
- Lipstik
- Compact powder
- Blusher
2- Garnier Cream
3- Cleansing milk
4- Garnier toner
5- Rosken dry skin cream
6- Wallet
7- Notebook
8- Coin Purse
9- Kad Kerja
10- Kunci Rumah
11- Nivea Deodorant
12- Bracelet
13- Jam


Tu semua barang dalam beg I. berat ok. ada ah dalam 1 & 1/2 kg kot berat handbag I tu. imagine i pikul handbag tu hari - hari gi kerja. turun naik train lak tu...i bukan suka - suka bawak barang tu semua..i pakai semua tu..sebab tu i angkut jugak. kalau i letak semua kat ofc, nanti kat umah i nak pakai apa pulak. I ada 2 teori kenapa perempuan rela menderita bawak beg berat - berat ni


1- Nak training untuk pregnant nanti. bayangkan 9 bulan nak angkut perut ke hulu hilir. lelaki mana tahu semua tu.
2- Kalau beg berat, peragut nak ragut beg pon x larat. silap - silap peragut tu yang jatuh. kan?boleh relate tak apa yang i cerita ni? korang imagine la sendiri


Boleh pakai kan teori i tu? Lagipun kalau bawak beg besar macam tu kawan - kawan lelaki I pun selalu take advantage tumpang kunci kereta, rokok..kekadang wallet pun nak tumpang. nak bawak badan je. Bawak lari semua barang tu baru padan muka. baru betul sehelai sepinggang. Nasib baik laaa i berbudi pekerti sikit.ehehehe...


p/s: agak - agak kalau dah ada anak nanti siapa yang nak pegang handbag wife, siapa nak dukung anak, siapa yang nak pegang beg susu & pampers anak nanti?papa ke..mama ke...




12.37am
Abby's Place

**it's complicated**



Friday, June 4, 2010

Siapa You..



Hari ni I nampak u lagi. Macam minggu - minggu lepas. Selalu dalam seminggu dalam 2 kali je I akan naik 1 train dengan u.I tak tahu siapa nama u. I tak tahu apa kerja u. I tak tahu berapa umur u. I tak tahu mana u stay. I nampak u jalan gi LRT macam i jugak. Selalu I noticed either I sampai dulu kat station or u sampai dulu. Mesti I nampak u. Tapi I tak tahu u noticed I or not..nevermine..yang penting I dapat tengok u.


Hari ni I tengok u pakai kemeja company u. So I tau dah tahu apa u kerja. I suka tengok u sebab u macam Afdlin Shauki version kurus. I gila sangat dekat Afdlin Shauki kalau u nak tahu. Tapi u tinggi sket dari Afdlin, badan u berisi. I suka ♥! I tak tahu u noticed I ke tak. Sebab selalu I pergi kerja selekeh gila macam nyonya nak jual sayur. Tiba- tiba je hari ni i gedik sikit pakai dress. Tapi I tak berani jugak nak pandang & senyum kat u.


Hari ni..u naik 1 coach dengan I. I rasa macam nak tegur u. Just a decent HI. tapi I tak berani. I nak pandang u pun I malu. Selalu I curi - curi je pandang u. Only 1 station je I dapat pergi kerja dengan u. U turun Masjid Jamek station. See..I tahu taw mana u turun. Malunya I. Betul - betul punya stalker nih. Takpe lah..banyak lagi hari i boleh nampak u. Sempat lagi i kumpul kekuatan untuk tegur u. Kalau u dah kahwin or ada girlfriend...fine..I akan lupakan u. But kalau status u macam i..wow..i like...hahaha...Tak sabar pulak I nak tunggu hari Isnin.hahaa...ingat!TANPA KEBERANIAN MIMPI TAKKAN JADI KENYATAAN.walllaaaahhhhhhhhhhhh~






1.05am
Fathi's place

**it's complicated**