Pages

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Confessions of a Shopaholic




"When I shop, the world gets better"



Sri Permaisuri
11.12 am


**it's complicated**

Monday, September 27, 2010

Kenapa anda masih sendiri?


1- Kerana Ecah, Iwan dan Fathi masih lagi sendiri

2- Kerana saya tidak mahu meninggalkan mereka jika saya berdua

3- Kerana saya sewel dan ketawa mengilai (boleh?)




Sri Permaisuri
12.49am

**it's complicated**

Sunday, September 19, 2010

TRIM la.. bukan POTONG





Tengok rambut Hanis Zalikha ni. Cantik kan?cantik kan?original ok. I sangat adore gadis - gadis dengan rambut seperti ini. Rambut sahaja ok. Lain tak. I'm straight. Ok fine. Body figure dia pun I suka. Kurus nokk..peha dia pun kecil. Tak macam peha I. Peha besar gedabak tapi masih berangan nak pakai skinny jeans size 25.

Ok. Back to topic.

Selepas I menjadi kipas-susah-mati Hanis ni, I pun terus dengan semangat waja nak bela rambut panjang macam dia. Rambut je buat masa sekarang. Body nanti - nanti pun boleh. So dari awal tahun 2010 until now (September) I tak potong rambut. Cuma trim hujung rambut 2 atau 3 inci setiap 3 bulan. Kalau trim rambut yang hujung sebenarnya dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Bak kata gay kat office I "kau trim je sikit - sikit. Nanti tumbuh 2 kali ganda panjang".

Lepas borak dengan gay tu la hati I rasa makin teruja nak trim rambut. Kemain tak menyabar lagi nak habis kerja. Habis kerja I straight pergi salun dekat rumah I. Kebetulan masa tu I period. Tak puasa. So tak buka puasa dengan family sebab nak trim rambut punya pasal.


1 jam sebelum ke salun jahanam itu (rambut mak original jugak ok)


FYI, I takde fave salun. I pergi je mana - mana salun yang I suka. Sebelum potong rambut, I cakap kat dia "I nak trim je. keep the lenght". Stylist tu pun angguk sambil mula sepit rambut I. Nak start potong la tu. Sambil potong, dia borak - borak dengan I. Promote shampoo itu la, ini la..product tu la..ini la..marketing baekkk punya. I layankan je. Habis potong dia tunjuk rambut I. Mak aih.Speecless mak sekejap. Tak tahu nak nangis ke, nak jerit ke, nak melompat ke. yang penting dalam hati I cam dengar ada suara kecil menjerit "RAMBUT AKU!". Mungkin stylist tu nampak perubahan muka I, terus dia cakap "rambut u kering kat belah bawah. tu yang I potong banyak." (dia cakap bunyik cina, I traslate bunyik malay). Mangkok la kau nih...ish. Apa lagi I nak cakap?takkan nak guling - guling suruh dia sambung balik rambut? I angguk, diam dan terus ke kaunter nak bayar. "berapa?". "RM25 sahaja". Menyirap betul. Sumpah ni last aku pergi kedai kau. Menyesal!


On the way balik I terus text kawan I. Text tersebut berbunyi begini:

Me: Rambut I buruk!Orang tu potong pendek. I suruh trim. sengal gila. Tiada lagi rambut hot seperti dulu
Him: MMS la.
Me: Jap

Muka pura - pura gembira dengan rambut baru


Ini bukan trim ok. Ini sudah consider potong. Memang lagi 3 bulan baru dapat panjang balik macam rambut sebelum potong. Tak dapat I nak libas - libas rambut macam dulu. Tak dapat I nak jadik pontianak takutkan budak - budak balik mengaji. Ok ini mengarut. Lepas potong tu, I tidur awal. Mungkin terkejut lagi tengok rambut baru. Atau mungkin nak memujuk diri sendiri semua yang terjadi adalah sebuah mimpi ngeri. Tapi bangun tidur rambut I pendek jugak. I rindu rambut panjang I =(


p/s: Ada orang kata berak hari - hari rambut cepat panjang. Erk?! Betul ke?


Sri Permaisuri
4.38 pm

**it's complicated**

Sunday, June 27, 2010

5 sebab kenapa saya suka kerja saya

1 - I boleh pakai apa sahaja yang I nak (kecuali berbikini) ke tempat kerja. I tak payah susah - susah nak beli baju kemeja, tak payah nak iron baju. Sebab i sangat malas nak iron baju. Since sekolah lagi memang sangat malas.





*pakaian ke tempat kerja.maaf mata I rabak.muka macam orang dalam pantang*




2- Masuk office pukul 9.30am. Kalau I overslept sampai pukul 8.30am pun I boleh bangun sambil nyanyi lagu Ramlah Ram diam - diam jatuh cinta. Office dekat..apa ada hal..kalau I masuk office lambat pun ada I kesah?


3- I boleh kerek dengan bos I yang dah tua nyanyuk tu. Kalau dia marah I, I tender. kalau I takde, siapa nak buat kerja? siapa nak ajar exec I yang baru masuk tu? Dah la ngadap 1 shipment sampai sehari suntuk tak siap - siap. Last - last I jugak yang kene cover kerja dia. Sila jawab...


4- I love fashion. ini tempat kerja I


5- Tiket train pergi balik dari tempat kerja ke rumah hanya RM2.00 je.Ek ele...macam pergi kerja naik basikal je




p/s: Walaupun ada 5 sebab (banyak gila kan) I suka kerja Melium. Tapi I tetap nak carik kerja lain jugak. tak kira!bila nak dapat kerja lain ni wehhh...ok.sila tidur. esok kerja. dah habis mandi esok baru fikir nak pakai baju apa ok. selamat malam.




Sri Permaisuri
1.47am

**it's complicated**


Saturday, June 19, 2010

Si Gedik






siapa la budak gedik pakai baju pink tu..orang tengah buat video die sebok nak menyelit sekali.Credit to Cik Messy



p/s: sorry Fati sayang..kalau I duduk sebelah Abby mesti I tak interframe sebelah u.eheheh...




12.24pm
Abby's Place

**it's complicated**




Apa ada dalam handbag orang perempuan



"Kau ni bawak apa ha dalam beg kau tu?besar gila. boleh masuk gajah dalam tu"


Every time i hangout dengan kawan lelaki I, they keep asking me the same question. Ok malam ni kita selongkar handbag sorang artis name Cik Orked.



Ececececee..... artis ke kau? perasan!




**pandangan dasar handbag Cik Orked**





Mempersembahkan barang - barang dalam beg Cik Orked (mak oi...macam farmasi bergerak). meh sini I list out barang - barang dalam beg I


1- Beg mekap - Mascara
- Eye Liner
- Lipstik
- Compact powder
- Blusher
2- Garnier Cream
3- Cleansing milk
4- Garnier toner
5- Rosken dry skin cream
6- Wallet
7- Notebook
8- Coin Purse
9- Kad Kerja
10- Kunci Rumah
11- Nivea Deodorant
12- Bracelet
13- Jam


Tu semua barang dalam beg I. berat ok. ada ah dalam 1 & 1/2 kg kot berat handbag I tu. imagine i pikul handbag tu hari - hari gi kerja. turun naik train lak tu...i bukan suka - suka bawak barang tu semua..i pakai semua tu..sebab tu i angkut jugak. kalau i letak semua kat ofc, nanti kat umah i nak pakai apa pulak. I ada 2 teori kenapa perempuan rela menderita bawak beg berat - berat ni


1- Nak training untuk pregnant nanti. bayangkan 9 bulan nak angkut perut ke hulu hilir. lelaki mana tahu semua tu.
2- Kalau beg berat, peragut nak ragut beg pon x larat. silap - silap peragut tu yang jatuh. kan?boleh relate tak apa yang i cerita ni? korang imagine la sendiri


Boleh pakai kan teori i tu? Lagipun kalau bawak beg besar macam tu kawan - kawan lelaki I pun selalu take advantage tumpang kunci kereta, rokok..kekadang wallet pun nak tumpang. nak bawak badan je. Bawak lari semua barang tu baru padan muka. baru betul sehelai sepinggang. Nasib baik laaa i berbudi pekerti sikit.ehehehe...


p/s: agak - agak kalau dah ada anak nanti siapa yang nak pegang handbag wife, siapa nak dukung anak, siapa yang nak pegang beg susu & pampers anak nanti?papa ke..mama ke...




12.37am
Abby's Place

**it's complicated**



Sunday, June 13, 2010

Perempuan dan Trio



Pernah terfikir tak kenapa perempuan tak boleh bergaul dalam kumpulan yang besar?maksimum pun 3 orang je. Korang tengok 3R.Host dia 3 orang.Manade sampai 11 orang.Macam nak main bola pulak gamaknya. Powerpuff girl pon 3 orang. ape lagi..Destiny's child..Charmed adik - beradik sihir tu pon 3 orang je. Ok ni..I punya research je ok.Pasal I pun selalu kalau pergi mana - mana mesti bertiga. Kalau tak cukup sorang rasanya macam minum kopi takde gula. Pahit pon sedap.Tapi kalau letak gula or creamer lagi rase lemak dia (eh betul ke). Ok..list di bawah adalah antara research I oke. (research bodo - bodo je)


1- Perempuan banyak cakap

I rasa ini semua orang tahu. Even orang tu pendiam or konon - konon pemalu kalau dah jumpa geng hilang semua sopan santun sebagai wanita timur. Bayangkan kalau sorang perempuan dah boleh buat bising 1 kedai, bayang kan kalau die lepak dengan kawan - kawan dia dekat 10 orang. Mau kene halau dengan tokey kedai. Lagipun nanti tak tahu nak dengar cerita siapa. Sudahnya buat geng sendiri even lepak sama.


2- Lain orang lain cekadak

Melur, Mawar dengan Kenanga geng baik. Melur orangnya sangat peramah. Selalu buat lawak. Mawar pulak pemalu sikit. Tak banyak cakap. Cuma bercakap bila perlu.seorang pendengar yang setia. Kenanga pulak suam - suam kuku. Kire 50-50. Ade sikit perangai Melur. Dan bakinya perangai Mawar. Bayangkan kalau geng ade 10 orang. pastu kene ingat semua name, kena ingat perangai masing- masing lagi.kalau salah cakap kang sentap...


3- Kuat jeles!

Ok..Yang ini I admit..Perempuan memang kuat jeles. Even dengan kwn baik sendiri. Let say kawan dia ade bf..Misti nak jeles.Bkn jeles pasal kawan dapat bf kaye. Jeles pasal lepas ni kawan baik die tu mesti dah tak dapat spent time macam selalu. Mesti asyik dengan bf or bawak bf lepak sekali. istilah bertiga tiba - tiba jadik berempat. Ada lelaki pulak tu. tak best dah taw!


4- Senang nak share secret

Korang bayangkan lah kalau korang ada geng sampai 10 orang. Korang gitau Nani yang korang pernah kiss dengan budak nerd name Abu masa form 3 dulu. Pastu Nani pulak gitau Nana.Nana pulak gitau Nini..dan seterusnyaa....tak ke dah buruk nama.Kalau 3 orang rasanya secret tu takkan sampai ke telinga orang lain. Kalau sampai pun mungkin ke telinga orang yang dia tak kenal. Sharing is caring!


5- Nak angkut lepak senang

Ok..let say kwn bertiga, sorang ade kenderaan, manakala lagi 2 takde kenderaan. Jadik yg sorg boleh pick up lagi 2 orang or janji kat mana - mana soh pick up then gi lepak or gurls nite out!Bayangkan kalau geng 10 orang. Tapi yang ada kenderaan sorang je.Memang kene beli van. Baru cukup corum!




Ni lah antara reason kenapa perempuan tak boleh geng ramai - ramai. Gadis - gadis yang lain ada pendapat lain tak? Yang nyatanya perempuan memang bukan macam lelaki. Lelaki I rasa takde perasaan. Perempuan ni salah cakap pon boleh tersentap. Lagi - lagi time datang bulan. Kawan bagi kaum perempuan macam kakak, keluarga, buah hati, kekasih, back bone..segala - galanya laa..lagi - lagi kalau perempuan tu single. Friendship is everything. tapi..kalau dah gaduh tu..haishh...mahu terbalik dunia. Lepas ni i buat entry bila GIRLFRIENDS bercakar pulak. Inilah perempuan.Inilah wanita. Selamat Hari Wanita(eh, tiba - tiba)






2.53am
Sri permaisuri

**it's complicated**

Wednesday, May 19, 2010

Selamat Ulang Tahun


Beberapa minit lagi i akan melangkah ke umur yang baru. Angka baru untuk tahun ini. Usia yang agak dewasa dan matang (sepatutnya). Jadi...i mahu merangka apakah azam I untuk umur yang ke dua puluh empat ini.


  • I akan cari 1 kerjaya yang betul - betul I suka. Jangan tukar - tukar kerja lagi dah ok
  • I kena mula menyimpan. Bukit kalau hari - hari tarah pun boleh rata
  • Kurangkan membeli - belah
  • Lepas ni masuk kedai kasut try high heel pula. Jangan pump shoes je (azam paling sengal)
  • Belajar masak, buat cake, apa lagi..segala - gala tentang dapur. kena belajar ok!
  • U kena ada 1 aset untuk diri sendiri Nadirah...tolonglah sedar
  • I nak simpan rambut panjang
  • I nak hantar parents I pergi Umrah
  • Jadi anak yang baik. Jangan nak merajuk je kerja kau!
  • Cari cinta sebenar - benar cinta (i'll think about it)
  • Solat 5 waktu (cuba jangan skip dah.boleh?)

Buat masa sekarang tu je yang i boleh fikir. yang lain - lain biar dia masuk kat azam i untuk tahun 2011. adoiyai..tiba - tiba i berdebar nak tunggu detik 12 malam. hish.gedik la kau.



Selamat Ulang Tahun ke - 24 Nadirah Baharudin!





11.34pm
Sri Permaisuri

**it's complicated**

Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

::maaf,saya bukan penulis yang baik::


May 20,


Hari ni genap umur aku 23 thn. Happy Birthday to myself. Dah tua rupenye aku. Takot pun ade sebenarnye. Dari detik 12 mlm td, i really appreciate to following person:

  • ecah
  • iwan
  • monique
  • sis jiji
  • gary
  • eddy adlan
  • farid
  • mudek
  • my parents
  • along
  • kak lina
  • siti
  • blanka
  • azrai
  • izizul
  • cicon
  • yul
  • arif daniel
  • pet
  • nurul
  • ben
  • kukun
  • lyn
  • has

too many person to mentioned. sampai x ingat.but i guess this year wud be the worst bday ever. i guess..career makin teruk.love sux.life..dunno yet.

today aku puase lagi. puase ganti & puase sempena umur aku genap 23. buke puase ngan BFF. no plan at all. nak post pe kat entry ni pun x tau. x happy langsung.ade mende yg x complete sbnrnye ni....tapi ape eh....maybe betol la kot. this year wud be the worst bday ever

Selamat Hari Lahir Nad,

  • jadi org yg berguna
  • change into better person
  • achieve all ur dream
  • don't look back

sile tidow,esok keje.jgn berangan ko tu anak bos.sile keje rajin-rajin (actly until now aku x caye aku dah 23)