Blind date?temujanji buta?u all pernah tak involved dalam aktiviti sihat ini? tipu laaa kalau tak pernah kan?dah tentu - tentu zaman sekarang ada facebook, ada myspace..apa lagi..twitter pun ada. Jadik mula - mula add. lepas tu approved. lepas tu main komen - komen..until melarat nak jumpa bagai.bila tengok muka kat dalam gambar macam cute je kan.lagi-lagi kalau ambil pic dari atas dengan muka pura - pura tekejut orang snap pic dia. padahal snap sendiri. (Abby & Fathi u know who i'm talking about). haa..kan dah jadik comel macam tu. lepas edit sikit - sikit. kasik muka putih sikit...kasi kurus sikit..kasik pipi tu naik sikit macam kena cucuk. then..upload di facebook. haaa...ada penipuan di situ ye.ala...i pun ada buat jugak. tapi i kalau buat selalu highlight kat part peha. i kasik nampak lagi besar. padahal peha i kecil je.hahaa..kemain tipu lagi.
Ok back to blind date. kepada u all yang pernah blind date ni..pernah tak u all jumpa dia sekali, lepas tu kalau si dia tak menepati citarasa ataupun indah khabar dari rupa, u all teros tak contact dia selepas pertemuan pertama tu?heheee...pernahkan?pernahkan?sebab i banyak kali buat. antara sebab i taknak contact adalah:
muka dia ala kadar (macam muka i lawa sangat)
dress up dia tak style lansung
wallet tak berapa nak tebal
buat lawak bodoh
busuk sebab sap kok kuat sangat
Ok.reason di atas antara sebab i reject after blind date. adakah i kejam?hurm..i rasa biasa je. sebab i selalu buat. sebab i rasa lelaki kan kuat.dia tak boleh kalah dengan perasaan dia. kalau awek tu tak contact die, die kena cool.betul tak?anggap sahaja dia perlu memperbaiki lagi mutu suara ke..mutu penampilan ke..gaya, mutu dan keunggulan ke..apa - apa laa..dan perkara itu berlarutan sehingga beberapa tahun..sampai i'm in relationship pun i tetap dengan kegiatan i tu..hahaa..seronok kot..lagi - lagi kalau dapat bf pun ala kadar..memang la i test market kat luar.(lagi sekali i perasan hot)
Macam mana pula kalau situasi terbalik? lelaki pula tak contact perempuan selepas blind date?hurm..susah nak jawab ni kan?ok..mari bercerita tentang pengalaman i pula.takde hide ni taw.semua ini adalah benar belaka.i nak share je. kalau u all nak ketawa pun ada i kesah?bukan i tau u all ketawa terbahak-bahak sambil guling - guling pun..baiklah..ceritanya begini.kawan i telah bercerita tentang i kepada kawan beliau. yang mana kawan beliau baru sahaja putus cinta.konon-kononnya mahu melupakan cinta yang dulu, jadi si dia pun mahu menambah kenalan yang berjantina perempuan.dan..kawan i pun bagi no phone i kat kawan dia.tetapi...si dia malu untuk memulakan langkah pertama.alasannya takut kene maki dengan i. jadi esoknya kawan i cerita kat i.dan dia suruh i contact dia dulu.at first memamg i taknak.yelahh..dah kenapa i nak msg dia. dia yang nak kenal i kan.selepas beberapa perundigan dan dipancing oleh kawan i..i pun msg dia..1st msg i berbunyi."mowning".hurm..sangat selamat kan msg tu?dia tak reply. tapi i biar je la.2 jam selepas tu..i dapat msg dari dia. dia baru bangun tidur..dan perkara berpesanan ringkas ini berlarutan sehingga 2 hari.penat juga lah i nak taip msg. macam nak terkopek kulit pun ada.
Hari kedua..balik dari kerja i cakap kat dia..i nak singgah Sogo. nak beli barang untuk mak i. dan..bermulalah pancingan lelaki. "nak i teman?"..ecehhh....macam la i tak tahu dia nak jumpa i. after set time semua..kami deal mahu jumpa di kl sentral sebab kl jammed.dia malas mahu turun kl. dia kata akan pick up i dekat kl sentral.dalam hati i ni bukan main berdebar lagi.yelah..macam mana la rupa dia nanti..dress up dia..tu je dalam kepala i.
Perjalanan ke kl sentral i rasa sangat jauh..ish..padahal berapa station je. suddenly i dapat call dari dia. dia sudah sampai and dia suruh i pergi kat dia sebab takut kereta kena clamp. dia bagi instruction, kereta Kia Rio color silver.i pun cari...i dah nampak. i rasa tu dia. dia pun pandang i..hurm..i yakin tu dia. i senyum, dia senyum balik.yeah!jumpa sudah...alhamdulillah..muka dia tak buruk, tak hensem..just nice..overall ok..
malam tu..i pergi dinner dengan dia.borak - borak..macam biasa.macam dah lama kenal.lagipun memang i tak suka keadaan yang senyap sunyi.rasa lain macam je. after dinner, dia hantar i balik.i rasa i takde pula tersilap cakap.or buat apa - apa yang boleh menjatuhkan reputasi i. sampai rumah, dia msg i...then i terus tidur kerana i sangat letih.
Esoknya..i msg dia.wish morning.dia tak reply.takpe la. i fikir mungkin dia tak bangun tidur lagi.balik kerja i msg dia lagi.still no reply.then i wish him goodnight. sampai keesokan harinya hp i senyap sunyi tanpa balasan dari dia.i dah pelik.hurm..i cerita dekat kawan i. kawan i pun pelik..kawan i pun try la msg dia..mula - mula dia tak reply. kawan i cakap "dia takde kredit aku rasa".takpe la...mungkin betul apa kawan i cakap. tiba - tiba selepas lunch kawan i beritahu i "nad..dia reply msg aku".perghhhh...menyirap pula darah i kan..i cakap dengan kawan i ."ok..that's it. aku dah tahu.dia tak berminat nak berkawan dengan aku." Perghhh...time tu i betul - betul rasa macam loser. i tak pernah kena macam tu ok!memang betul - betul karma i rasa. what goes around comes around. rasakan kau Nad..selama ni kau buat orang je kan.kali ni kau rasakan!!
Hurm..i tak rasa sakit pun..tapi i wondering.apa silap i malam tu?hish..sampai sekarang i tak dapat nak teka. kalau nak kata i sexy..i rasa biasa je i pakai malam tu..tak la sexy mana pun..mungkin juga i terlalu banyak cakap.so dia pening nak layan. hahahaa..i ketawa sorang - sorang bila teringat betapa banyak cakapnya i bila dengan orang.
ni la baju yang pakai mase blind date tu.sexy ke?hurm...confused..
Tetapi..dalam banyak - banyak pendapat..i sangat berpuas hati dengan 1 pendapat ni..seorang hamba Allah ni berpendapat begini..
"u bayangkan diri u sebagai seorang pembeli yang mahu membeli sehelai baju di internet.hati u meronta - ronta nak sangat beli baju tu sebab tu u tengok sangat menepati citarasa. warna pun u suka.lagipun u tak pernah ada baju macam tu.tapi dalam keinginan yang teramat tu..u nak tengok baju tu dulu,u nak try kat badan u,nak pegang, nak belek - belek baju tu dulu sebelum u beli.jadi u pun decide nak pergi butik tu. nak tengok dengan mata kepala u sendiri bagi u puas hati..selepas belek - belek, disarung ke badan..u tak berapa puas hati kerana material dia tak bagus..dia punya material bukan macam u suka. jadi u pun tak jadi beli. jadi u akan berkata kepada diri u. nasib baik aku tak beli baju tu..kalau tak mesti menyesal."
Jadi mungkin begitu jugalah pendapat blind date i tu..mungkin i tak menepati citarasa dia..itu pendapat salah seorang kawan i. tapi pendapat i sebenarnya...dia belum betul - betul sedia untuk berkawan dengan mana - mana perempuan lagi. sebab dia baru putus cinta.dulu i pun macam tu juga..it might takes like few years baru ready nak blind date ni semua. Tapi i rasa sangat rugi tak dapat kawan dengan dia.nak tahu kenapa?mestilah rahsia.biar i seorang je tahu sebab dia.hahaaa...terima kasih la sebab tak contact i ye..
Selepas kejadian blind date tu..i dah malas nak get involved dengan aktiviti tu lagi dah.baik i lepak dengan my gurls.lagi best.boleh ketawa kuat - kuat. macam kedai tu kami yang punya. One is better than two.huh.tiba - tiba jadi entry emo pula. padahal i nak carita dalam mode lawak. ikut perasaan betul i ni.
Baik i blind date dengan gadis - gadis i ni. dah tentu diorang tak kisah i nak buat perangai apa pun. bogel pun..apa ada hal...i sayang u all laaa!yeeehaaaaa!!!
2.12pm
Abby's Place - Shah Alam
**it's complicated**
hahaha...aneh2 la u ni ;p padan muke u kena reject!!lalalalala~
ReplyDeleteaku sedang mengalami zaman kejatuhan ni...takpe..sekali sekala kite kena berada di bawah.bkn sepanjang masa kite ade kat atas je
ReplyDeleteberubah ke arah kebaikkan adalah sesuatu yang susah kan? btw
ReplyDeletelove some1 who really appreciate you. not the one who hooks you up when they are bored!
ambik masa kot nak berubah ke arah kebaikan.
ReplyDeleteso far i x nmpk sesape pun yg appreciate i.hurm...
then families comes 1st la kakak oii
ReplyDeletemak i slalu marah i.cane?hahaa..gile pendek akal
ReplyDelete