Beberapa minit lagi i akan melangkah ke umur yang baru. Angka baru untuk tahun ini. Usia yang agak dewasa dan matang (sepatutnya). Jadi...i mahu merangka apakah azam I untuk umur yang ke dua puluh empat ini.
- I akan cari 1 kerjaya yang betul - betul I suka. Jangan tukar - tukar kerja lagi dah ok
- I kena mula menyimpan. Bukit kalau hari - hari tarah pun boleh rata
- Kurangkan membeli - belah
- Lepas ni masuk kedai kasut try high heel pula. Jangan pump shoes je (azam paling sengal)
- Belajar masak, buat cake, apa lagi..segala - gala tentang dapur. kena belajar ok!
- U kena ada 1 aset untuk diri sendiri Nadirah...tolonglah sedar
- I nak simpan rambut panjang
- I nak hantar parents I pergi Umrah
- Jadi anak yang baik. Jangan nak merajuk je kerja kau!
- Cari cinta sebenar - benar cinta (i'll think about it)
- Solat 5 waktu (cuba jangan skip dah.boleh?)
Buat masa sekarang tu je yang i boleh fikir. yang lain - lain biar dia masuk kat azam i untuk tahun 2011. adoiyai..tiba - tiba i berdebar nak tunggu detik 12 malam. hish.gedik la kau.
Selamat Ulang Tahun ke - 24 Nadirah Baharudin!
11.34pm
Sri Permaisuri
**it's complicated**
happy birthday my fren..
ReplyDeletewohh..tks gary!tks jugak follow blog aku yang tak seberapa nih.ecehhh..kemain emo plak aku
ReplyDeletesemoga semua azam tercapai
ReplyDeleteweeehuww..tks zai..doa2 la sume tu tercapai
ReplyDelete