Pages

Tuesday, May 4, 2010

He's just not that into me



hati i rasa sebak sangat. i sedih. i kecewa.i rindu.semua rasa ada. kenapa perasaan ni datang balik?hancur sungguh hati i.



Hari sabtu, 1st of may. i sepatutnya keluar tengok wayang dengan dia. tapi..i pun tak tahu apa yang jadi. hari rabu malam, i mesej dia. i cakap nak tengok nightmare on elm street. sebab i tengok gazet kat tv. so i budget movie tu dah keluar. bila i tengok GSC website takde pulak i nampak movee tu. rupanya gazet yang i tengok tu untuk tayangan perdana. friday 30th of april dia mesej i.dia tanya nak tengok movie kat mana. then after confirm semua, i sepatutnya jumpa dia kat mid valley hari sabtu. jumaat dekat office i dapat mesej dari cikgu driving i. class cancel on sabtu.hurm..should be ok la.boleh i bangun lambat.tak kelam kabut.


malam jumaat tu i duduk kat rumah. i bosan gila. i mesej abby. then abby ajak i lepak. i pack all my things.sebab i nak tidur rumah dia. kira i punya plan nak gerak pergi mid dari rumah abby. i tak tahu pulak rupanya abby nak pindah rumah.takpe la.i tak kesah pun.memang i nak tolong dia. kitorg lepak shah alam malam tu. i mesej dia. i cakap location i. dia tak reply pun. i pun macam tak fikir sangat. sebab bila i dengan abby i tak fikir sangat orang keliling. tiba-tiba pukul 4am i dapat mesej dari dia.dia tanya i kat mana. i cakap i kat shah alam lagi. dia tanya i.kalau dia datang sempat tak.i cakap ikut suka dia la.kalau nak datang, i tunggu.tapi dia tanak datang.sebab penat baru balik dari jamming.jumpa esok je terus. before that i ada inform dia.maybe i pergi shah alam.tapi i tak bagitahu the rest of the plan.


hari sabtu pagi.i dan abby bangun tidur pukul 8am.i tolong dia angkat barang semua.mula - mula pergi sunway hantar tilam. then pergi badger.sebelum pergi sunway i ada mesej dia. i tanya dia pasal rumah sewa. sebab abby tak jumpa rumah lagi. tapi dia tak reply. so i assumed dia tak bangun tidur lagi. pukul 1pm macam tu..i try call dia, tapi tak jawab.banyak kali i try. lansung tak dapat. dalam kepala i die tidur, then hp mati. lepas i try call many times, i start curious.mana dia pergi?i mesej kawan dia pojie. mintak nombor telefon housemates dia. tapi pojie takde nombor diorang. hurmm...bila dah lama try baru i terfikir nak call nombor kl dia.tiba - tiba dapat!i tekejut gila.rupanya hp dia mati,then dia on hp lagi 1.on no kl.i tanya dia dekat mana. dia cakap dah on the way pergi kl sentral. i dah terkedu tak tahu nak cakap apa.sebab i kat shah alam time tu. i fikir nak pick up dia kat shah alam then hangout dengan kawan - kawan i.tapi plan tu semua tak menjadi..


abby ada suggest i pergi kat dia. tengok movie dengan dia then lepak dengan my gurls. tapi i tak tahu kenapa i tanak.reason dia i malas naik train sebab jauh.bodohnya i..kenapa i bodoh sangat pun i tak tahu..lastly i tak jumpa dia pun. i dengan my girls pergi sunway. i told abby that i was so stupid not to meet him.sebab i dah janji dengan dia. i rasa sangat bodoh dan sangat bersalah. movie tak jadi, i tak dapat jumpa dia, i sangat down...dia pulak terus balik rumah. aishh...kenapa i teruk sangat?sepanjang hari otak i asyik fikir dia je. then suddenly i mesej dia. i told him that i miss him & i wanna meet him..he only reply "then?"..tapi i tak reply..


malam tu..i dan fathi hantar abby dan fadli balik shah alam. i ingat nak jumpa dia sekejap.tapi kami terlalu penat. i cuma mesej dia je...perbualan i ada i tulis kat previous entry...dan yang nyatanya..i sangat kecewa bila i dapat tahu dia ada date dengan ex gf dia..i terlalu kecewa..hati i macam pecah..i menangis bila baca mesej die..i tak tahu kenapa..dia bukan bf i pun..dan itu adalah mesej terakhir i dengan dia..i ada jugak tunggu..mana tahu dia nak mesej i..tapi takde..sampai detik ini..takde lansung..


honestly i memang selalu view facebook dia. i stalk dia..i sangat obses bukan?i selalu baca status dia..tapi paling latest ni..baru i sedar..i rasa macam baru terjaga dari mimpi..i sedar..he's not into me..mungkin dia anggap i sebagai kawan je..cuma i je yang tak faham - faham..he's waiting for someody else..not me..ok i admit memang i suka dia.i suka dia since the 1st time i saw him..it was 6 yrs ago..i tak tahu kenapa i suka sangat dengan dia. bukan sebab he's good looking.mungkin sebab i rasa dia boleh terima i for who i am..bila dia datang balik tahun lepas..i rasa hati i macam ada pesta bunga api.meletup - letup.meriah sangat..excited.i rasa semangat i datang balik.beside i ada abby,fathi, ecah..they always with me..i rasa hidup i macam complete.even i tak pernah ada deep conversation dengan dia.even i pun memang tak nak serious relationship..tapi i nak dia stay dengan i..i tanak dia pergi dari hidup i..pernah sekali dia cakap.."i tetap ada dengan u.nak layan kerenah u.."masa dia cakap macam tu..i senyum dari pukul 4pm until 6.30pm kat office. tuhan je yang tahu perasaan i masa tu.


tapi bila dah jadi macam ni..i sedar..dia tak sanggup nak layan kerenah i..i tanak hilang dia..sebab dia orang pertama yang i suka lepas i kena dumped dengan loser tu..tapi i tak sangka end up dia macam ni..semalam abby mintak break up dengan i kat fb. i sedih sangat. i rasa macam break up betul - betul...i post status baru kat fb..i mintak - mintak dia tak perasan. i tanak dia fikir lain pasal i..tapi i tahu..memang dia tahu yang i suka dia..pojie yang kantoikan i..tks pojie..even i tak rela tapi biarlah dia tahu. dan perasaan suka i ni tak kesampaian pun...



i dah tanak suka orang dah..biar dia yang terakhir. i tanak jadi macam dulu. tapi i tetap sedih yang teramat.he's just another chapter of my life. i still ada kawan - kawan nak gembirakan i. wahai hati..jangan lah kecewa lagi..u kena kuat ok..dia singgah sekejap pun dah cukup buat i happy. airmata..janganlah jatuh lagi..kalau u jatuh pun..dia takkan tahu..dan dia tak pernah nak ambil tahu..terima kasih kerana hadir dalam hidup i walaupun sebentar..


tapi....


i tersangat rindukan dia.

sungguh.


BANTU I LUPAKAN DIA


ya Allah..
jika dia bukan milikku,
gantilah dia dengan seseorang yang seakan-akan dengan nya.
walaupun tidak sesempurna dirinya...




Sri Permasuri
12.40pm

**it's complicated**

No comments:

Post a Comment

hey it's you!