Pages

Showing posts with label deep inside. Show all posts
Showing posts with label deep inside. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Belasungkawa..

Rabu,9.30pm

Aku: long,gambar raya mana?thumbdrive kau bawak balik tak?
Along: ada.jap.

Malam rabu..aku bawak balik kerja.macam biasa,nak start buat kerja kene ambil mood dulu.lama jugak aku tengok gambar raya tahun ni.pasal banyak sangat.ada 2 camera.dari 1 gambar ke satu gambar.then sampai ke gambar aku dengan atok aku.ada 2 keping je gambar aku dengan atok.siap lentok baekkk aku kat dia.mata atok dah tak nampak dah. makin tua,1 persatu pancaindera kita akan diambil.so dalam gambar tu atok just terbeliak mata.mata tak focus kat camera pun.dah habis 2 album aku tengok.tapi tak jugak aku start buat kerja.lastly aku tidur.kerja tak siap.yeah!

Khamis,22 sept

Macam biasa pergi kerja.siap breakfast bagai dalam kereta.sampai office pukul 9.10am.lewat 10 minit.boleh maaf lagi.orang lain sampai pukul 10am.tapi senior la..aku just inform officemat aku,dia punya project aku tak sempat nak check pasal malam tadi aku tetidur.tapi aku janji nak check balik by 4pm.

10am

aku cari senior aku.pasal aku kena handle 1 projek africa.first time buat.mana reti.kenalah menuntut ilmu dulu.lama jugak dia ajar aku.dekat sejam gak la.agak-agak dah penuh ilmu, aku balik workstation aku.check hp ada 3 misscalled from dato' aka bapak aku.aku budget bapak aku call pasal lesen aku.aku pun dengan confident call balik bapak aku.

aku:nape call?tadi ada meeting jap
bapak:adik,balik dik
aku:balik?buat pe?
bapak:atok meninggal
aku:atok?atok mana?(blur jap)
bapak:atok tanjong karang.balik sekarang.jap gi along ambik.dia otw.
aku:aaaa..ok ok.

5minit jap aku blur.sumpah tak tau nak cakap apa. Aku takde pulak dengar atok sakit. Aku call akak aku, dia on the way ambik aku kat office. Aku tak berani nak call mak aku. For sure mak aku melalak.Sampai rumah aku terus tukar baju kurung, capai tudung..

Perjalanan ke kuala selangor rasa jauh betul even highway latar dah siap. Dah tak lalu jalan bengkak - bengkok. Makcik aku call 2-3 kali. Tanya kat mana. Sampai kat umah atok, ramai betul orang. Jiran - jiran semua ada. Aku tak masuk dalam. Mak aku terus masuk, jumpa arwah atok aku for the last time. Lepas solat jenazah, dorang panggil anak dengan cucu cium atok. Atok nampak lain. Kecik je. Tapi muka dia bersih. Masa hidup, atok rajin betul sembahyang. Sebelum azan dah get ready ambil wudhuk. Dengar cerita dari menantu dia (menantu atok aku dengan isteri number 2), atok pergi senang. Lepas makan, dia baring kejap, tiba - tiba dengar nafas atok kuat..mungkin time tu nyawa dah sampai kerongkong..and that's it..

Selesai kebumi, aku dengan cousin - cousin aku lepak makan. Masing - masing kelaparan.. Masing - masing bercerita pasal atok. Allah lebih sayangkan atok. Tapi yang aku kesalkan, raya tahun ni baru aku dapat duit kat atok. Raya - raya tahun lepas..gaji aku tak banyak sangat. So bahagian untuk atok aku tu takde..Mak aku of coz kena ada..Tak banyak pun kenangan aku dengan atok. But at least atok aku still ingat nama aku masa dengar suara aku 20 hari sebelum dia pergi.Atok pergi pada umur 86 tahun. Al- fatihah untuk atok..Mohd Yusuff @ Mohd Yusak bin Subari. Semoga atok tenang di sana..



Raya kedua. 20 hari sebelum atok pergi untuk selamanya..


p/s: Aku draft entry ni seminggu lepas arwah pergi. Lepas baca entry lelaki sesuxx baru aku rajin nak update balik.

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Kali Ini..











Aku sedih. Ramadhan dah nak habis. Agak menyesal sebab tak buat ibadah betul-betul sepanjang bulan yang mulia ni. Terlalu busy dengan hal duniawi. Semoga dapat bertemu Ramadhan lagi tahun depan. Semoga mak ayah aku juga panjang umur. Dapat puasa bersama lagi. Dapat rasa mak aku masak best-best. Makan luar tak best lansung. Then boleh Terawih sama-sama lagi. Oh ya, terlupa pulak. Selamat hari lahir buah hati pengarang jantung. Takde hadiah best nak bagi. Cupcake yang dibuat dengan penuh kasih sayang je mampu bagi. Wahhh..gitu! Jiwangss plak makk (pedulik kalau korang nak muntah). Amazing we've got this far.


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Sunday, August 7, 2011

Kelebihan Solat Terawikh




InsyaAllah esok aku dah boleh start puase. So malam ni kira malam pertama aku dapat solat terawih. Huhu..Finally..

As you know..Bulan puasa ni selalu orang cakap bulan cheap sale. Buat pahala, benda baik yang sangat simple pun Allah kira pahala double ok..Tu pun kita kerek, berlagak tanak rebut (i'm one of them =.=). Macam la puasa tahun depan ada chance nak puasa lagi. Antara kelebihan bulan puase adalah solat terawih. Kalau rajin baca kat bawah ni.Pahala dia each day kita tunaikan solat terawih. Baca ni pun dapat pahala taww..Rebut, jangan tak rebut.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Dah habis baca?best kan kelebihan Solat Terawikh ni? Untung jadik lelaki. Boleh buat 30 hari berturut - turut. Hopefully panjang umur, tahun depan boleh buat 1st terawih. Kan?


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Wednesday, November 17, 2010

Pray Hard

To be or not to be; may be it's too soon for you and me.

"I don't want a serious relationship. I'm young and restless. I want someone who I can act like a complete dickhead around, that we can spend hours talking about the most pointless things. I want someone who makes me laugh and who I can plan stupid things with; that will never happen. I want someone I can tell my secrets too and waste my weekend with and act like 5 years old again" - Tumblr






Sri Permaisuri
12.25am


**it's complicated**


Monday, September 27, 2010

Kenapa anda masih sendiri?


1- Kerana Ecah, Iwan dan Fathi masih lagi sendiri

2- Kerana saya tidak mahu meninggalkan mereka jika saya berdua

3- Kerana saya sewel dan ketawa mengilai (boleh?)




Sri Permaisuri
12.49am

**it's complicated**

Saturday, June 26, 2010

tak bestnya entry ni.tapi nak post jugak


Kawan lelaki i pernah pesan, if I putus hubungan dengan seseorang jangan pernah pulangkan semua barang yang dia bagi masa bercinta dulu or jangan mintak balik barang yg pernah I bagi kat dia. macam mana benci pun..JANGAN..I pegang kata - kata kawan I. I benci kisah silam I. Lebih kurang 7 bulan I putus baru I ada kekuatan nak buang semua kenangan I dengan dia. I nekad untuk buang die terus dari hidup I. Dan I perlu teruskan hidup.


I ada terbaca 1 entry. Ex bf mintak balik bracelet yg dia kasi kat ex gf dia dulu. Bracelet tu dia nak kasik kat bakal tunang dia. Hey..kenapa dengan lelaki zaman sekarang? u hadir dalam hidup perempuan. u ajar dia apa itu cinta. then u tinggalkan dia. Now u mintak balik 1 barang yg paling dia sayang. come on man..apa yg u fikir?bukan ke lelaki dilahirkan sebagai seorang yang kuat. lelaki takkan berfikir secara emosi. perempuan ambil masa yang lama untuk pulih. Tu pun kalau dia ok.Kalau tak ok silap- silap kene maki (contoh plg dekat adalah i). Dah bagi barang buat apa nak mintak balik. beli baru je la. Save budget sangat ke hape? kalau i la..i bagi je balik barang tu. kecoh betol. Masa becinta kau la no 1. bila dah putus.woi...menyesal nyee aku jumpa kau. Lelaki macam tu pun wujud rupanya. Buruk siku.I know things happened for a reason. Tapi kalau dah dah macam tu..I tak nampak apa reason die. Cinta memang menyakitkan hati. Baik sorang - sorang sampai mati.


p/s: apehal I emo tiba - tiba ni. wake up Nadirah!






10.53pm
Sri Permaisuri

**it's complicated**

Tuesday, June 15, 2010

Wujud lagi ke lelaki supportive?



Perempuan dan impian adalah 1 benda yang tak dapat dipisahkan. percaya tak cakap i? pernah tengok Puteri Impian? kemain semangat lg minah tu nak jadi puteri raja. tapi ade sorang mamat ni macam bagos je asyik underestimated semua impian dia. tapi sebenarnya mamat tu ada crush kat minah yang kuat berangan tu. helo...i tau la u ada crush kat dia. tapi takkan sikit support pon kedekut nak kasik?plsss laaa....perempuan perlukan sokongan dari lelaki. walaupun impian or cita - cita dia bunyik macam impossible untuk dicapai..apa salahnya lelaki bagi semangat. tak salah kan? I ada few situation yang rasanya u oll confirmed listed kat banned list orang perempuan


Dia : I ingat nak diet la. badan I dah naik
U : Diet? boleh ke u tahan makan?u kan pantang tengok makanan. lagipun i tgk u diet or tak sama je..x kurus - kurus pun

Sepatutnya: "Elok jugak u diet. u banyak makan buah. kurang makan nasik. minum banyak air suam..bla bla bla...kalau u berjaya turun at least 2kg i kasik reward.


Dia: I nak color rambut la..u rasa color apa ok?
U: Ikut suka u la.. (lansung tak pandang muka)


Sepatutnya: hurm...u nak color rambut? why don't u stay dengan original hair color u? i prefer black color. or if u nak try new look u ambik color merah mak ngah. mesti hari - hari i nak keluar dengan u ♥ (sambil ketawe bersama..isn't it sweet?)


Dia: I rasa i nak apply jadik FA la..u rasa ok x?
U: (ketawa sakan dulu baru jawab)FA? bontot u besar, english tunggang terbalik, kulit hitam bekeladak ada hati nak apply FA? u stay je dengan kerja sekarang. jangan nak berangan la nak jadik macam Awan Dania pulak..so bila u nak belanja i makan ni? (lepas kutuk ada hati mintak belanja makan?damn u!)


Sepatutnya: Kalau u minat apa salahnya. u should try. orang yang mencuba tu lagi bagus dari orang yang tak cuba lansung. u pergi je. i support u dari belakang ok. go babe!go!




Nampak tak? mende simple camni pun nak kena ajar ke? jangan sampai u oll kena banned dengan KAWAN - KAWAN dia pulak sudah! sebab meluat u oll x reti nak support. asyik nak underestimate all the time. so u oll fikir la sendiri eh. mana boleh kasik knowledge free. mahal nieyhhh....






1.54am
Sri Permaisuri

**it's complicated**


Friday, May 28, 2010

Diri I yang Sebelah Lagi..



Baru - baru ini, I kena kerja dekat outlet office I sebab ada sale for their 5th Anniversarry. (if u all baca previous entry, u akan tahu). As u all know, brand under my company semua high end brand. middle class macam I ni (i middle class ke?) memang takkan mampu pakai. I am telling the truth. I cuma berpeluang pakai if ada staff sale or...I cuma cuba try test kasut, handbag, baju mahal - mahal tu bila turn I kena jaga butik.


Eh, apa I nak cerita sebenarnya ni? hehee..kemain panjang mukadimah. Macam orang rajin sangat nak baca. Sepanjang 8 jam i berdiri kat outlet tu, memang ramai la orang - orang kaya yang datang shopping. Kebanyakkan yang I tengok ada orang tua, muda, Melayu, Cina, India, Indonesia, Jepun.Kereta masing - masing jangan cakaplah. Ada yang I tak tahu pun apa nama kereta tu. Diorang beli barang - barang tu semua macam I shopping baju dekat Cat Whiskers with my girls. Tu pun we all dah pening kepala tengok total price we have to pay. So u all boleh imagine kan different price antara Cats Whiskers dengan outlet I.


Ada 2 customer yang I layan that time.Both Malay. But 1 is married couple another couple not yet. below is my conversation with my 1st customer. (masa I layan dia, dia tengah tengok kasot Tod's , Stuart Weitzman & YSL)


Customer: Dulu my husband bought me 2 pairs of limited edition Tod's shoes kat US. It's only cost MYR150 per pair. I suka sangat.
Me: Really? u tanak tambah collection ke?
Customer: i would like to..tapi i rushing ni. i nak hantar my husband to airport. we just drop by to buy a suit for him (masa dia keluar dari butik, i nampak dia drive Mercedes. tapi i tak tahu la apa nama merc dia tu)


Customer kedua pulak..they all belum kahwin. Tapi I rasa dia tengah beli barang hantaran untuk awek dia. They all pilih barang Tod's. (I tak tahu kenapa Tod's jadi pilihan). Below is their conversation:


Awek dia: Ok tak kasut ni B? I suka high heel. boleh I pakai lari - lari dalam hujan (kasut ribu - ribu bawak lari dalam hujan?gila apa)
Bf dia: U nak lari - lari dalam hujan? why?
Awek dia: Sebab kerja i busy la B...ok tak ni? pastu i nak match dengan handbag tu..half price je B (half price dia from MYR7500 turun jadik MYR3500).
Bf dia: Ikut u la. U yang nak pakai
(nak tahu bf dia drive apa?Viva je ok)


Amboi...nampak tak?perlu ke dia bercerita tentang kekayaan dia di depan single lady macam I? dah la single, duit takde, bf pun takde. hishh...terus I pasang cita - cita untuk mencari seorang lelaki (untuk dibuat suami) yang berbackground kaya, kerjaya bagus, kereta besar, gaji banyak. Sebab I nak jugak kasut Tod's yang husband I beli kat US. I nak pergi melancong jauh - jauh. I nak lepak rumah lepas kahwin. I rasa I akan dapat semua tu if I kahwin dengan lelaki kaya. Then bila dah kaya, kalau hensem, kacak dan bergaya lagi la best. Sedap je mata nak memandang. Even tak sesuai dengan I yang gemuk, perut buncit dan peha besar ni, tapi semua tak penting kot. Kalau dah jodoh. Nak cakap apa. U all tengok je la macam Beckham ke, Adam Brody..(sorry, I tak dapat nak fikir lelaki melayu)..dah lah hensem, kaya pulak. Badan pun boleh tahan. Siapa tak kecur air liur..hahaaa...di samping kacak, ilmu pengetahuan juga penting. I tanak la nanti lelaki pujaan I harap hensem tapi takde knowledge. Buat kena ketawa dengan kawan - kawan I je.






U all pernah tengok movie Pisau Cukur? Movie ni lebih kurang macam angan - angan I la. Tapi takde la sampai pergi naik cruise kejar lelaki kaya. Lagipun Maya Karin dalam cerita ni kejar lelaki yang betul - betul kaya. Which is semua tu macam dah berumur. Kalau ada orang muda yang kaya pun mesti kekayaan yang diwarisi. Orang macam tu sombong. Sebab memang dari kecil hidup dia dilimpahi kekayaan. So orang macam tu harus dijauhi.


Ok..itu semua diri I yang sebelah. Diri yang I sebelah lagi sebenarnya mencari seseorang yang sederhana dalam segala - galanya. Tak payah kaya sangat pun. tapi jangan la melarat sangat. Masa jalan - jalan with my girls, memang lelaki yang drive imported car yang I pandang. Tapi diri I yang sebelah lagi lebih memandang kepada lelaki yang memandu kereta tempatan, lebih memandang kepada yang tak hensem sangat pun.Yang sedap mata memandang pun cukup. Sebab I tahu, I bukan Miss Universe yang nak cari hot guy untuk dijadikan teman. I rasa kalau kerjaya tak tinggi sangat, dia takkan busy. Dia mesti ada masa untuk I. Untuk share cerita, masalah I kat office. Sebab dari communication la yang boleh closekan I dengan dia. I tak kesah pun kalau tak dapat pergi bercuti kat luar negara. Kat dalam negara pun cukup. Asal kan i dengan dia. Juga tak perlu barang mahal - mahal untuk I. Cukup lah ucapan "selamat" pada tarikh - tarikh penting I dengan dia. Yang paling penting lelaki tu ada ciri - ciri pemimpin. Yang boleh membimbing I yang tak berapa nak lurus ni. Juga boleh menerima I seadanya. Boleh bagi contoh yang baik dekat I untuk I berubah into better person.


Inilah diri I yang 1 lagi. I pernah dapat dulu. Tapi kecundang di tengah jalan. So..I rasa i pilih diri I yang 1st tu la. Memang duit perlu dalam perhubungan. Percaya dengan I?Setuju dengan pendapat I? Kalau tak setuju pun ada I kesah?hehee...haishhh..Kalau dapat yang kaya tu kira bonus laa...bertuah badan. Kalau dapat yang biasa - biasa pun..apa ada hal. Ada jugak jodoh. Dari takde lansung (sendiri punya entry, sendiri terasa).




p/s: Entry ni untuk sabotaj diri sendiri. takde kene - mengena dengan orang lain pun




9.37am
Sri Permaisuri

**it's complicated**

Tuesday, May 4, 2010

He's just not that into me



hati i rasa sebak sangat. i sedih. i kecewa.i rindu.semua rasa ada. kenapa perasaan ni datang balik?hancur sungguh hati i.



Hari sabtu, 1st of may. i sepatutnya keluar tengok wayang dengan dia. tapi..i pun tak tahu apa yang jadi. hari rabu malam, i mesej dia. i cakap nak tengok nightmare on elm street. sebab i tengok gazet kat tv. so i budget movie tu dah keluar. bila i tengok GSC website takde pulak i nampak movee tu. rupanya gazet yang i tengok tu untuk tayangan perdana. friday 30th of april dia mesej i.dia tanya nak tengok movie kat mana. then after confirm semua, i sepatutnya jumpa dia kat mid valley hari sabtu. jumaat dekat office i dapat mesej dari cikgu driving i. class cancel on sabtu.hurm..should be ok la.boleh i bangun lambat.tak kelam kabut.


malam jumaat tu i duduk kat rumah. i bosan gila. i mesej abby. then abby ajak i lepak. i pack all my things.sebab i nak tidur rumah dia. kira i punya plan nak gerak pergi mid dari rumah abby. i tak tahu pulak rupanya abby nak pindah rumah.takpe la.i tak kesah pun.memang i nak tolong dia. kitorg lepak shah alam malam tu. i mesej dia. i cakap location i. dia tak reply pun. i pun macam tak fikir sangat. sebab bila i dengan abby i tak fikir sangat orang keliling. tiba-tiba pukul 4am i dapat mesej dari dia.dia tanya i kat mana. i cakap i kat shah alam lagi. dia tanya i.kalau dia datang sempat tak.i cakap ikut suka dia la.kalau nak datang, i tunggu.tapi dia tanak datang.sebab penat baru balik dari jamming.jumpa esok je terus. before that i ada inform dia.maybe i pergi shah alam.tapi i tak bagitahu the rest of the plan.


hari sabtu pagi.i dan abby bangun tidur pukul 8am.i tolong dia angkat barang semua.mula - mula pergi sunway hantar tilam. then pergi badger.sebelum pergi sunway i ada mesej dia. i tanya dia pasal rumah sewa. sebab abby tak jumpa rumah lagi. tapi dia tak reply. so i assumed dia tak bangun tidur lagi. pukul 1pm macam tu..i try call dia, tapi tak jawab.banyak kali i try. lansung tak dapat. dalam kepala i die tidur, then hp mati. lepas i try call many times, i start curious.mana dia pergi?i mesej kawan dia pojie. mintak nombor telefon housemates dia. tapi pojie takde nombor diorang. hurmm...bila dah lama try baru i terfikir nak call nombor kl dia.tiba - tiba dapat!i tekejut gila.rupanya hp dia mati,then dia on hp lagi 1.on no kl.i tanya dia dekat mana. dia cakap dah on the way pergi kl sentral. i dah terkedu tak tahu nak cakap apa.sebab i kat shah alam time tu. i fikir nak pick up dia kat shah alam then hangout dengan kawan - kawan i.tapi plan tu semua tak menjadi..


abby ada suggest i pergi kat dia. tengok movie dengan dia then lepak dengan my gurls. tapi i tak tahu kenapa i tanak.reason dia i malas naik train sebab jauh.bodohnya i..kenapa i bodoh sangat pun i tak tahu..lastly i tak jumpa dia pun. i dengan my girls pergi sunway. i told abby that i was so stupid not to meet him.sebab i dah janji dengan dia. i rasa sangat bodoh dan sangat bersalah. movie tak jadi, i tak dapat jumpa dia, i sangat down...dia pulak terus balik rumah. aishh...kenapa i teruk sangat?sepanjang hari otak i asyik fikir dia je. then suddenly i mesej dia. i told him that i miss him & i wanna meet him..he only reply "then?"..tapi i tak reply..


malam tu..i dan fathi hantar abby dan fadli balik shah alam. i ingat nak jumpa dia sekejap.tapi kami terlalu penat. i cuma mesej dia je...perbualan i ada i tulis kat previous entry...dan yang nyatanya..i sangat kecewa bila i dapat tahu dia ada date dengan ex gf dia..i terlalu kecewa..hati i macam pecah..i menangis bila baca mesej die..i tak tahu kenapa..dia bukan bf i pun..dan itu adalah mesej terakhir i dengan dia..i ada jugak tunggu..mana tahu dia nak mesej i..tapi takde..sampai detik ini..takde lansung..


honestly i memang selalu view facebook dia. i stalk dia..i sangat obses bukan?i selalu baca status dia..tapi paling latest ni..baru i sedar..i rasa macam baru terjaga dari mimpi..i sedar..he's not into me..mungkin dia anggap i sebagai kawan je..cuma i je yang tak faham - faham..he's waiting for someody else..not me..ok i admit memang i suka dia.i suka dia since the 1st time i saw him..it was 6 yrs ago..i tak tahu kenapa i suka sangat dengan dia. bukan sebab he's good looking.mungkin sebab i rasa dia boleh terima i for who i am..bila dia datang balik tahun lepas..i rasa hati i macam ada pesta bunga api.meletup - letup.meriah sangat..excited.i rasa semangat i datang balik.beside i ada abby,fathi, ecah..they always with me..i rasa hidup i macam complete.even i tak pernah ada deep conversation dengan dia.even i pun memang tak nak serious relationship..tapi i nak dia stay dengan i..i tanak dia pergi dari hidup i..pernah sekali dia cakap.."i tetap ada dengan u.nak layan kerenah u.."masa dia cakap macam tu..i senyum dari pukul 4pm until 6.30pm kat office. tuhan je yang tahu perasaan i masa tu.


tapi bila dah jadi macam ni..i sedar..dia tak sanggup nak layan kerenah i..i tanak hilang dia..sebab dia orang pertama yang i suka lepas i kena dumped dengan loser tu..tapi i tak sangka end up dia macam ni..semalam abby mintak break up dengan i kat fb. i sedih sangat. i rasa macam break up betul - betul...i post status baru kat fb..i mintak - mintak dia tak perasan. i tanak dia fikir lain pasal i..tapi i tahu..memang dia tahu yang i suka dia..pojie yang kantoikan i..tks pojie..even i tak rela tapi biarlah dia tahu. dan perasaan suka i ni tak kesampaian pun...



i dah tanak suka orang dah..biar dia yang terakhir. i tanak jadi macam dulu. tapi i tetap sedih yang teramat.he's just another chapter of my life. i still ada kawan - kawan nak gembirakan i. wahai hati..jangan lah kecewa lagi..u kena kuat ok..dia singgah sekejap pun dah cukup buat i happy. airmata..janganlah jatuh lagi..kalau u jatuh pun..dia takkan tahu..dan dia tak pernah nak ambil tahu..terima kasih kerana hadir dalam hidup i walaupun sebentar..


tapi....


i tersangat rindukan dia.

sungguh.


BANTU I LUPAKAN DIA


ya Allah..
jika dia bukan milikku,
gantilah dia dengan seseorang yang seakan-akan dengan nya.
walaupun tidak sesempurna dirinya...




Sri Permasuri
12.40pm

**it's complicated**

Saturday, May 1, 2010

TOP SECRET




It hurts to love someone and not be loved in return, but what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.







Fathi's place- Sunway
1.31pm

**it's complicated**

yesterday



Me: i kat shah alam ni..anta cik salmah.ingat nak jumpe u kejap.tp i penat sgt la


Him: owh..ok..i ok je..i nak gi jamm jap gi.maw follow?

Me: xpe la.tak larat la.lgpun dah gerak blk dah ni

Him: Owh..ok u..

Me: esok i nak karok with my gurls.join us?

Him: Bile?kol bape?

Me: pagi kot..kol 11am camtu..

Him: hurm..ptg i ade date la u..

Me: date?ngan sape?

Him: ngn ex i..

Me: owh ok..xpe la camtu

Him: Sowy eh u..next time k..




*END*


Sri Permaisuri
1.24pm

**it's complicated**

Monday, April 26, 2010

Suddenly

Tiba - tiba i terfikir i tak nak kahwin. boleh tak?



Sri Permaisuri
12.24am

**it's complicated**

Saturday, April 10, 2010

bad bad

"i dah terminate berukben. lepas ni i on9 kat cc or ofc je. line slow sangat"


i sangat sedih. dengan siapa i nak gedik - gedik time YM lepas ni... =(




Sri Permaisuri
12.07am

**it's complicated**

Friday, March 12, 2010

malam ini

saya teringat dia.saya nak contact dia boleh?
separuh hati saya kata call.
separuh lagi kata jangan.
tapi saya rindu.
sungguh.



8.41pm
Sri Permaisuri
it's complicated

Thursday, March 11, 2010

jangan jatuh lagi

kalau yang kali ini pun pergi
biarkan dia pergi
jangan cari dia lagi
mungkin dia akan datang lagi selepas 5 tahun
siapa tahu bukan
kuatkan hati
jangan jatuh lagi
*dalam hati ada pesta bunga api*
yang nyatanya aku rasa perasaan itu datang kembali
tapi sayang nya ia telah pergi..
Kelana Jaya
1.14am
it's complicated

Wednesday, March 3, 2010

ade ke...

ade ke...
mane boleh cakap camtu..
da la aku ni cepat sgt terase..
ade ke..
majok kang..
2.50 am
Sri Permaisuri
It's Complicated