Pages

Friday, December 3, 2010

Walimatulurus..



Bersama bakal pengantin. Kawan baik saya semasa kecil. Dulu jiran saya. Umur 23 tahun. Bakal cikgu. Doakan saya pakai tudung cepat - cepat dan dapat jodoh ok! (ohoyyy..kantoi gatal!)



p/s : mak saya paksa pakai tudung pasal bapak pengantin Imam kampung.hehee...



Sri Permaisuri
1.03 am

**it's complicated**

Sunday, November 21, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Pray Hard

To be or not to be; may be it's too soon for you and me.

"I don't want a serious relationship. I'm young and restless. I want someone who I can act like a complete dickhead around, that we can spend hours talking about the most pointless things. I want someone who makes me laugh and who I can plan stupid things with; that will never happen. I want someone I can tell my secrets too and waste my weekend with and act like 5 years old again" - Tumblr






Sri Permaisuri
12.25am


**it's complicated**


Monday, November 1, 2010

Pelajaran Hari Ini #3


Bila tiba saat paling kritikal dalam hidup - saat perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja) - jangan lari tetapi hadapi. Sekali lagi walau pedih, sedih dan tersisih, jangan lari. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat kalau sudah terhenyak pada dasar paling bawah, jangan berpura - pura, jangan bermuka - muka.


Bila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang dijulang sudah menjunam ke dalam jurang, Sudah tidak ada tempat lagi untuk jatuh, maka pada ketika itulah peribadimu akan naik semula. Kau sudah membayar yuran kepada kejayaan. Kau sudah merasa kepahitan kepada ubat yang ditelan.


Taken from : Di mana DIA di hatiku by Pahrol Mohd Juoi




Sri Permaisuri
11.23 pm

**it's complicated**

Thursday, October 28, 2010

Pelajaran Hari Ini #2


Perempuan akan jadi garang macam mak tiri seminggu sebelum datang bulan atau semasa datang bulan. Jika anda tidak semena - mena dimarahi oleh kawan perempuan atau teman wanita anda, fahamilah mereka sedang berperang dengan hormon. Silalah bertahan untuk seminggu . Sekian, terima kasih. Bye.





Sri Permaisuri
11.48 pm

**it's complicated**

Friday, October 22, 2010

Confessions of a Shopaholic




"When I shop, the world gets better"



Sri Permaisuri
11.12 am


**it's complicated**

Monday, October 18, 2010

Entry bergambar semata - mata



AL - KISAH SATU MALAM





Muka budak merajuk bila orang tak layan dia selama 1 hari




Dipujuk dengan Chicken McDuluxe. Tempat makan tanak kalah. Kat KL Pac. Nak Makan depan tasik. Betul mengada - ngada. Tu pon makan muka terpaksa.Eeeeee...




Bila tengok muka masih tak ceria, diri telah dioffer pergi jalan - jalan tengok lampu. Dataran Merdeka pulak tu. Dalam nak tanak tu..kemain lebar lagi senyum. (muka pura - pura terkejut orang ambil pic. padahal suka)




Makin lama makin banyak gambar yang di rakam. Mula - mula senyum. Lepas tu terus tenganga mulut. Teruja sangat bergambar di Dataran Merdeka. Bila dah teruja tiba - tiba dengar 1 suara "JOM BALIK". Ek ele..adeke...Merajuk balik!





Sri Permaisuri

8.54 pm

**it's complicated**

Saturday, October 16, 2010

Pelajaran Hari Ini #1


Perempuan...

Makin dipujuk makin merajuk.

Setuju?




Sri Permaisuri
4.58pm

**it's complicated**

Friday, October 15, 2010

Tagged #2: Blogwalking Award 2010



1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang
**macam mana nak hadap kerja baru this monday**

2. Apakah nama samaran anda
**Cik Orked**

3.Senaraikan 3 nama org yang anda sayang
- Ahmad Ridzuan
- Siti 'Aisyah Sa'dan
- Fathiyah Nor
**ramai lagi actually**

4.Panggilan untuk si dia?
**Saya tiada si dia. Si kamu ada lah!**

5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
**Nak Suzuki Swift kaler pink gedik**

6. Belog mana yang paling suka visit?
**blog perempuan cantik. (erk.kantoi lagi lesbian)**

7. Tag 5 blog yang anda suka.
- Ecah
- Fathi
- Emma
**dan semua reader** (3 org yang kat atas ni sila buat hokey!)



p/s: award ini telah dianugerahkan oleh Sis Jiji. Thanks sis!




Sri Permaisuri
12.17 am

**it's complicated**


Tuesday, October 12, 2010

Carut Marut


Pernah dengar cacian dan makian begini?


Macam Sial doh!
P***mak betul lah kau ni
Cibai la!
Macam cilake


Mungkin ia adalah gurauan atau mungkin trend sekarang kot kena bercakap style carut macam tu. I pun dulu begitu. Sampai 1 hari I kena tegur dengan somebody. "Perempuan tak manis nak carut - carut, cakap kasar. Biar muka buruk. Tapi mulut tak macam longkang". Lagipun BFF I Ahmad Ridzuan pernah pesan "kita dah 24 tahun. Rasanya tak payah kot nak carut - carut camtu. Nak ajak lepak pun menyampah". Perasaan I masa tu rasa macam kena kejut dengan kasar time tidur. Tersentak sebentar. Terus berniat untuk berubah. Tapi kadang - kadang tu terlepas jugak sepatah dua perkataan. Susah jugak nak berubah ke arah kebaikan rupanya kan?



p/s: P***mak tu bukan tempat mak kita lahirkan kita ke?



Sri Permaisuri
1.03 am

**it's complicated**


Thursday, October 7, 2010

Quote of The Day



"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,
maka sukailah apa yang kamu miliki pada saat ini"


~ Anonymous



Melium Sdn Bhd
1.31pm

**it's complicated**

Monday, September 27, 2010

Tujuh Puluh an'


Ahmad Ridzuan in Polka Dot shirt

Event: Sambutan Hari Raya
Venue: Media Prima Berhad
Theme: 70's (wth?)


From head to pants dah ok..cuma kasut je tak cukup 70's..by the way you know how to make me laugh Best Fabulous Friend




Sri Permaisuri
10.40am

**it's complicated**

Kenapa anda masih sendiri?


1- Kerana Ecah, Iwan dan Fathi masih lagi sendiri

2- Kerana saya tidak mahu meninggalkan mereka jika saya berdua

3- Kerana saya sewel dan ketawa mengilai (boleh?)




Sri Permaisuri
12.49am

**it's complicated**

Sixth Sense


Raya tahun ni I cuma duduk dekat rumah. Raya pertama pun bangun tidur lambat. Dah lah bangun lambat, pakai short je. Senang cerita tahun ni I tak beli baju raya. Untuk tahun ketiga I tidak berbaju baru pada pagi raya. Tahun ini juga tiada bermaaf - maafan dan bergambar bersama keluarga. Bukan kerana I anak yatim piatu. Bukan juga I berada di perantauan. I sendiri tak tahu mengapa. Yang penting setiap tahun I hanya menanti bulan Ramadhan. Syawal I lansung tak heran. Mungkin nak back up dosa - dosa yang pernah I buat kot. Atau mungkin I tak pakai baju kurung pergi kerja. Sebab tu I tak pernah beli baju kurung since I bekerjaya.

Ok. Stop cerita sedih.

Korang perasan tak raya tahun ni kat tv banyak cerita hantu? Baik Astro, TV1, Tv2, Tv3..melantak semua cerita hantu. Cerita Mak Indon jangan cakap la. Pocong 1, 2, 3, kalau pocong tu beranak - pinak agaknya mesti dorang buat tajuk filem Anak Pocong. Paling tak boleh blah Hantu Ambulans. Ambulans berhantu pastu kejar orang. Ek ele..kreatif sikit la Indon oi. Tahu nak ganyang orang je.

1 cerita hantu je I semangat tengok. Momok The movie. I pernah tengok cerita ni dulu. Tapi masa tu zaman VCD tengah hot gila. I ingat masa tu adik I sunat. Jadik bapak I akan belikan dia apa saja yang dia nak. I pun mengendeng la sekali. I suruh dia mintak kat bapak I belikan VCD Momok tu. Adik I ni sayang I lebih. So semua cakap I dia mesti ikot. Best kan? Tapi I tengok Momok the Movie baru ni sebab ada Hanis Zalikha! haha..kawan I cakap dia jadik bunian dalam cerita tu. Kemain semangat lagi I tengok sampai habis sebab scene dia last sekali. Momok the Movie tu pulak banyak version hantu. Ada pocong, pontianak, jenazah hidup balik sebab kucing hitam langkah..macam - macam dan merepek - repek cerita hantu ada. Sudahnya malam tu sepatutnya I janji nak lepak dengan kawan I terus I cancel sebab takut nak keluar. Ni semua pasal Momok The movie tu la.

Sebenarnya I takde idea sangat nak buat entry kali ni. Cuma masa tengok Momok tu I teringat kat sorang budak kecik yang sangat close dengan I. Selalu gak dia dengan family dia datang rumah. Raya itu hari dia lepak rumah I dari malam raya sampai raya ketiga. Dia ada kebolehan melihat makhluk halus. Dia tanya I..

Ashraf: Angah pernah tengok hantu?
Me: tak pernah. kenapa?Ashraf pernah ke?
Ashraf: Pernah
Me: Biar betul Ashraf ni... Macam mana rupa hantu tu?
Ashraf: Macam mayat tu. yang kena balut dengan kain putih (pocong la tu) . Dia ada 1 rumah. Ashraf tak boleh tidur. Ashraf kejutkan mama. Ashraf nangis - nangis malam tu.

Meremang bulu roma I dengar. Nasib baik rumah I tingkat 4. Mesti pocong tu penat nak loncat - loncat naik rumah I kan? rumah I takde lif. hehe..Banyak lagi hantu dia pernah nampak. Pernah sekali time tu Maghrib. Dia 1 family on the way balik rumah. Tiba - tiba dia nak keluar dari kereta yang tengah bergerak sebab dia nampak sekor hantu follow kereta dari mall sampai ke rumah. Dia cakap hantu tu ikut masuk rumah. Lepak kat dapur. Hantu tu besar, hitam. Pastu badan memancut - mancut darah. Perghh.. kebetulan masa tu cuma ada 2 orang kakak dia, mak dengan dia. Lelaki besar lansung takde. Menggigil masing - masing dalam rumah. Ada sekali bawak berubat. Pakcik bomoh tu cakap mak tiri dorang yang hantar benda - benda macam tu. Ish..tak tahu la betul ke tak. Tapi kalau betul, memang takde akal la orang tua tu. Hantar la makanan ke, hantar duit ke..hantar hantu pekejadahnya. Buat tambah dosa lagi ada. Sengal. Bongok. Pendek akal. ( Sorry I bergosip kat sini).

Raya ketiga dia nak gerak balik rumah, I saja pakai lipstik merah tebal - tebal pastu I cium 1 muka dia. Then I ketawe mengilai kuat - kuat. Dia mengamuk sambil cakap: Angah ketawa macam hantu! Nasib baik kau cakap aku ketawa macam hantu. Kalau kau cakap muka aku macam hantu mungkin ini raya terakhir kau masuk rumah aku Ashraf!



Nama: Ashraf Muhaimin
Umur : 5 tahun
Kebolehan: Melihat makhluk halus



p/s: I tengok orang lain semua buat entry raya. disebabkan I tak mahu dikatakan ketinggalan, I pun buat entry merepek ni. Ok la kan? kata "kreatif" (kreatif la sangat)


Sri Permaisuri
10.42 pm

**it's complicated**


Wednesday, September 22, 2010

Mukabuku


Dulu masa I buat FB ni I just nak add kawan baik I Ecah. Lepas tu nak buat bodoh je. Sebab I tengah sebok layan myspace. Lama - lama makin hype pulak FB nih. Tiba - tiba kawan sekolah yang dah lama tak jumpa boleh jumpa balik, yang kurus jadik gemuk, yang gemuk tetibe slim river..macam - macam la. Balik kerja penat - penat pun ngadap menatang ni. Ntah ape yang best sangat ntah. Komen 1 pic then melarat - larat sampai cerita ntah hape - hape.

Tapi lama - lama I makin menyampah dengan FB ni. Sebabnya mende macam racun. Menyakitkan. Lagi - lagi kalau ada relatives yang add. Nak tanak kena approved la jugak. Kang dicop Si tanggang pulak. Kalau dapat makcik - makcik yang sporting xpe gak. Ni dapat yang mulut kepoh, pic dalam tu plak kemain sopan lagi. Dah jadik gosip masa raya. Hamboi...glamour kejap mak nok!

Lagi 1, FB ni dah jadik macam tempat luahan perasaan. Asal gaduh dengan tunang nak buat status, keluar dengan boyfriend nak bgitau 1 dunia. Kang kalau komen kang dah tentu dia punya reply "kalau tak suka jangan baca". Ek ele..ko hengat aku hadap sangat nak baca ke? Dah tentu - tentu keluar kat news feed. Sudahnya I hide terus orang gila publisiti camtu. Paling kejam I delete terus (rasanya delete I selalu buat)

Rasanya paling glamour sekarang orang kawen invite pakai FB je. I tak kesah sangat pun. Tapi ada jugak la some of my friends yang komen "ceh, ingat mat saleh ke nak invite pakai FB?kita orang melayu la. Kalau tak dapat bagi kad, call pun boleh kan?". Yang ni I tak boleh nak cakap apa. Kalau orang invite tu, pergi sudahh...Nanti kalau I kawen takde orang nak datang plak. Lagipun mulut orang mana boleh tutup. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.

I punya FB ni tunggu masa jugak nak deactivate nih. Album pun dah banyak I hide. Macam takde motif je nak letak album banyak - banyak. Bosan orang tengok.


p/s: Kalau tak puas hati dengan adik - beradik, kawan - kawan tak payah kot nak buat status. Putus sedara, putus kawan tros kang padan muka. Rasanya orang yang pendek akal je buat camtu. Setuju?


Sri Permaisuri
11.13 pm

**it's complicated**


Sunday, September 19, 2010

TRIM la.. bukan POTONG





Tengok rambut Hanis Zalikha ni. Cantik kan?cantik kan?original ok. I sangat adore gadis - gadis dengan rambut seperti ini. Rambut sahaja ok. Lain tak. I'm straight. Ok fine. Body figure dia pun I suka. Kurus nokk..peha dia pun kecil. Tak macam peha I. Peha besar gedabak tapi masih berangan nak pakai skinny jeans size 25.

Ok. Back to topic.

Selepas I menjadi kipas-susah-mati Hanis ni, I pun terus dengan semangat waja nak bela rambut panjang macam dia. Rambut je buat masa sekarang. Body nanti - nanti pun boleh. So dari awal tahun 2010 until now (September) I tak potong rambut. Cuma trim hujung rambut 2 atau 3 inci setiap 3 bulan. Kalau trim rambut yang hujung sebenarnya dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Bak kata gay kat office I "kau trim je sikit - sikit. Nanti tumbuh 2 kali ganda panjang".

Lepas borak dengan gay tu la hati I rasa makin teruja nak trim rambut. Kemain tak menyabar lagi nak habis kerja. Habis kerja I straight pergi salun dekat rumah I. Kebetulan masa tu I period. Tak puasa. So tak buka puasa dengan family sebab nak trim rambut punya pasal.


1 jam sebelum ke salun jahanam itu (rambut mak original jugak ok)


FYI, I takde fave salun. I pergi je mana - mana salun yang I suka. Sebelum potong rambut, I cakap kat dia "I nak trim je. keep the lenght". Stylist tu pun angguk sambil mula sepit rambut I. Nak start potong la tu. Sambil potong, dia borak - borak dengan I. Promote shampoo itu la, ini la..product tu la..ini la..marketing baekkk punya. I layankan je. Habis potong dia tunjuk rambut I. Mak aih.Speecless mak sekejap. Tak tahu nak nangis ke, nak jerit ke, nak melompat ke. yang penting dalam hati I cam dengar ada suara kecil menjerit "RAMBUT AKU!". Mungkin stylist tu nampak perubahan muka I, terus dia cakap "rambut u kering kat belah bawah. tu yang I potong banyak." (dia cakap bunyik cina, I traslate bunyik malay). Mangkok la kau nih...ish. Apa lagi I nak cakap?takkan nak guling - guling suruh dia sambung balik rambut? I angguk, diam dan terus ke kaunter nak bayar. "berapa?". "RM25 sahaja". Menyirap betul. Sumpah ni last aku pergi kedai kau. Menyesal!


On the way balik I terus text kawan I. Text tersebut berbunyi begini:

Me: Rambut I buruk!Orang tu potong pendek. I suruh trim. sengal gila. Tiada lagi rambut hot seperti dulu
Him: MMS la.
Me: Jap

Muka pura - pura gembira dengan rambut baru


Ini bukan trim ok. Ini sudah consider potong. Memang lagi 3 bulan baru dapat panjang balik macam rambut sebelum potong. Tak dapat I nak libas - libas rambut macam dulu. Tak dapat I nak jadik pontianak takutkan budak - budak balik mengaji. Ok ini mengarut. Lepas potong tu, I tidur awal. Mungkin terkejut lagi tengok rambut baru. Atau mungkin nak memujuk diri sendiri semua yang terjadi adalah sebuah mimpi ngeri. Tapi bangun tidur rambut I pendek jugak. I rindu rambut panjang I =(


p/s: Ada orang kata berak hari - hari rambut cepat panjang. Erk?! Betul ke?


Sri Permaisuri
4.38 pm

**it's complicated**

My Baby's Back!


Uish uish...lamanya tak picit - picit keyboard laptop dengan penuh perasaan ghairah. I rindu you laptop.


SUNGGUH!



Sri Permaisuri
3.23 pm

it's complicated

Thursday, August 12, 2010

Happy International Left-Handers Day!




Ada sesape yang menulis pakai tangan kiri tak? well, if you are then Happy International Left- handers Day!Sep sep! Boleh geng dengan I. I tak pernah tahu pun ada left - handers day ni. Until someone wish me. hahaa..lawak gila. left handers pun ada international day dia. biasa la..dah bosan sangat ramai pakai tangan kanan. tangan kanan ada ke?ada?haha..


I mewarisi keturunan Encik Baharudin (bapa I). makcik, pakcik I pun ramai yang pakai tangan kiri. Dalam adik - beradik I pun, I sorang je yang ikut ayah I. sebab tu bapak I sayang I lebih. (mintak - mintak la semua harta atas nama aku.haha..).Ada setengah orang, menulis sahaja pakai tangan kiri. semua kerja macam pegang pisau, main badminton pakai tangan kanan. kes macam I pulak..semua kerja I buat pakai tangan kiri kecuali makan (pakai tangan) dan juga iron baju. kelakar kan?iron baju boleh pulak pakai tangan kanan. nak tahu sebab apa?sebab wire iron tu kat sebelah kiri. kalau iron pakai tangan kiri, wire tu semak gila pastu nanti komot balik part yang i dah iron tu (boleh relate tak dengan cite I ni?). dah la I paling tak suka iron baju. When i was kid, lebih kurang umur 5 tahun time tadika ni, i pernah makan pakai tangan kiri sebab confused nak pakai yang mana 1 dan terbiasa pakai tangan kiri. sampai ada orang ejek I baru lah I makan pakai tangan kanan. Cuma makan pakai sudu je I still pakai tangan kiri. tapi paling tak boleh blah baru - baru ni mak I tegur sebab makan pakai tangan kiri. Dia membebel dari I start makan sampai habis makanan tu (itu kebolehan mak I). Dah 24 tahun I hidup, dia baru perasan I pakai tangan kiri?aneh betul mak I nih. cam biasa..i makan je sambil menjawab semua mende yang mak I bebelkan tu.(yang tu pulak kebolehan I)


If korang perasan, banyak barang dalam dunia ni untuk orang tangan kanan je. contoh macam kerusi masa I study dulu. (pic kat bawah ni ha). lenguh gila weh tangan I sebab takde tempat nak letak tangan time menulis. kalau 2 jam kelas, 2 jam la I terseksa. Unfair bukan? banyak lagi barang yang bukan untuk orang tangan kiri ni. tapi I malas nak fikir. Nanti i emo lebih. (hahaa...mari bermain dengan perasaan)


Kerusi yang paling I TAK SUKA

Ramai orang cakap left hander ni creative. Kawan - kawan I selalu tanya "u creative ke?". sebab dorang yang tangan kanan ni dah diSET kan oleh orang keliling yang tangan kiri ni creative. ek ele..bila ngaku creative kang korang cakap kitorg belagak. selalu i akan jawab "I creative kalau membebel". siap jawab dengan muka belagak plak tu (ini juga kebolehan I). btw..i pun x tau I ni creative ke tak. Bestfriends I mungkin boleh judge sendiri either I ni creative ke tak. Antara geng - geng tangan kiri adalah.....Albert Einstein, Picasso, Leonardo Da Vincci, Jimi Hendrix, Marilyn Monroe, Prince William, Man Kidal dan yang paling best AFDLIN SHAUKI pun tulis pakai tangan kiri weh..pujaan hati I nih..best kan?mereka ini semua sangat creative, suka explore mende baru..dan apa - apa lagi la yang best semua untuk dorang. I, atau sesape saja yang menggunakan tangan kiri boleh ke kita jadik cam dorang?aishhh...terkedu mak nokk!

Perut I lapar la..cina - cina kat office ni suka - suka je panaskan makanan depan orang puasa macam I. perut dah bunyik lagu Ramlah ram dah ni. biadap betol dorang ni. teros malas nak buat kerja (ni sama ngan orang tangan kanan kan?hehe..teori tipu). If nak tahu banyak info or nak join club left hander, log in kat web nih. orang tangan kiri je eh..tangan kanan jangan nak sebok.hahaa..
Happy International Left -Handers Day to all LEFT-HANDERS. yeah!
Melium Sdn Bhd
1.44 pm
**it's complicated**

Sunday, July 25, 2010

Quote Of The Day


If he doesn't love you yet, that means he'll never love you

- Nur Shazwani Mohammad Noor


Sri Permaisuri
11.29pm

**it's complicated**

Saturday, July 24, 2010

Tagged #1: The BESTEST Blog



Ehem ehem..for the very 1st time I dapat award. BESTEST BLOG AWARD u'ollss.Gila ke..ahahaha...tu pon Fathiyah Nor yang telah memberi penghargaan paling tinggi ni kat blog I yang konon - konon best nih. Disebabkan I takde mende nak buat, meh la layankan soalan - soalan yang harus, wajib, kene, must jawab jugak even hati meronta - ronta tanak jawab. Hehee...come on...bukan kena bayar pun jwab..paling kuat pun jari - jemari I makin pendek sebab dok tekan - tekan keyboard ni haa..Jom tengok apa I jawab.jeng jeng jeng!!!saspen wohhh...


1. Anda mesti memberi pujian pada pemberi award ini

Fathiyah Nor...well..I baru jugak la kenal awek ni. Satu kolej dengan Abby. I kenal masa pergi wedding Sharil kat Sungai Buloh. After that kemain close lagi sampai sekarang. Dia seorang yang baik,muka lawa dan sangat fotogedik. Eh silap. itu I. Sangat fotogenic. Rambut cantik, I adore her body figure (ini benar ok), terer makeover muka I yang tak lawa nih, suara sedap kalau karok, terer jalan - jalan kat kl (haha..tak boleh blah), project manager yang bagus (kalau dia yang plan mesti jadik punya). I sangat sayang dia oke. Lately kami berdua selalu spent time together. Paling best dia sanggup teman ke Johor Bharu sebab nak attend interview untuk Cabin Crew. Kami stay 2 hari kat sana sebab I make it to the final stage. Weeehuuwww...beliau ibarat lucky chain I. Even muka dah lemau, lembik, layu tunggu I, dia tetap setia menanti. Babe, if u seorang lelaki dah tentu I sendiri masuk meminang u.hahaa...i love you Fathiyah Nor!


2- Sila beri award kepada 15 blogger yang lain

Ish..kat siapa la I nak bagi ni..Kalau I bagi kat u balik boleh tak Fathi?hehe..I nak bagi award ni kat orang - orang yang rajin baca, komen blog I nih. Macam tak cukup 15 blogger je...bantai laa..

1- Nur Shazwani Mohd Noor (even Fathi dah tagged ko, aku nak tagged ko jugak.pedulik!)
2- Siti 'Aisyah Sa'dan (ni pun dah kena tagged ni. aku mahu tagged jugak..tak kira!!)
3- Fakhrul Amin (peminat setia ni. Semua entry kalau boleh nak komen.haha..)
4- Wawa Yusoff (my follower. kawan masa sekolah rendah dan menengah)
5- Mior (I tak ingat dia follow I dulu ke..I yang follow dia. If u baca, congrats!u dapat award)
6- Shaikh (seldom comment my blog. but thanks. rajin jugak u baca)
7- XbenX (mana u hilang ah ben..rindu u tahu?)
8- Sis Jiji (Kak Jiji sila jawab tagged entry ini ok!rhendu u la sis)
9- Gary (walaupun aku agak menyirap dengan ko, aku kasik jugak la award nih)
10- Afiqq (kau kena buat jugak even aku tau kau sangat malas!)
11- Zai (terima kasih kerana rajin komen blog I)
12- Fitri (budak paling malas update blog. tapi kasik gak la award.rindu kau la gila!)
13- Uda (Award untuk u sayang ♥)
14- Nani (Ohoii...rakan artis ni weh)
15- BTR (tanak tagged ah.u know who u are)

Mak oi....ramai gak dapat award nih. CONGRATULATIONS u'olllssssss. Ikut suka la nak buat ke tak ye..


3- Anda mesti beritahu 15 blogger ni

PERHATIAN kepada 15 blogger yang dapat award ni sila la terima award yang tak seberapa ni dan jawab sepertimana I telah menjalankan tanggungjawab I. kerjasama anda amatlah dihargai. (dah kasik award lagi mahu gitau ke?banyak lemakkk)


4- Bagaimana anda boleh digelar blog yang best dan great?

  • Blog I gedik seperti tuan dia
  • Banyak cerita pasal lelaki dan perempuan (fair kan)
  • Pasal korang selalu view. kalau tak best dan great dah tentu korang tak view kan?
  • Kerana I telah menganugerahkan award kepada 15 blogger diatas (ingat senang - senang je ke I nak kasik?susah ok)


Alhamdulillah...tamat jua I menjawab soalan - soalan nih. Soalan SPM pun tak susah macam ni tahu. Sila la tagged lagi. Tak payah susah - susah I nak fikir nak buat entry apa untuk blog gedik I nih. hehe...




Sri Permaisuri
12.57am

**it's not really complicated**



Sunday, July 18, 2010

Ku mahu..


I mahu sebuah bilik sendiri kerana:

1- I boleh decorate bilik I. boleh cat kaler apa yang I suka

2- I boleh alih - alih furniture ikut suka I

3- I boleh beli furniture bilik sendiri

4- I boleh gayut kat phone malam tanpa kena maki "aku nak tidur la.esok aku keje tau tak?suruh kawan kau tu call esok je.memekak!" seperti ini

5- I boleh bogel - bogel dalam bilik sesuka hati I. ok ini tipu. I boleh tukar baju tanpa suruh orang yang berada dalam bilik keluar

6- I boleh on lampu bilik malam - malam sebab I suka balik tengah malam buta

7- I ada enough space untuk I sepahkan barang - barang I tanpa kena marah

8- I tak perlu sentap sekiranya I kena kemas bilik sorang - sorang sebab bilik tu I yang punya

9- I tak perlu tip toe malam - malam sebab takut orang yang tengah tidur terjaga

10 - I memang nak ada bilik sendiri




p/s: maaf, I adalah manusia yang tak reti bersyukur




Sri Permaisuri
12.51pm

**it's complicated**

will you marry me?





Tahun ini genap 15 tahun I suka dia. Agak - agak kalau I ajak dia kahwin, dia nak tak?



Sri Permaisuri
8.11pm

**it's complicated**

Friday, July 16, 2010

BIODATA


I terjumpa biodata yang sangat menarik ini dr facebook ini

sy seorang yg sangat mudah dan tidak berkerenah... lebih dikenali oleh rakan2 ofis sbg AHMAD, rakan2 kampong sbg MBIE, dan rakan2 biase sebagai WAN.. walau pelbagai name yg diberi sy tetap AHMAD
RIDZUAN KAMARUL ZAINI yang anda kenali..

sy pernah menyertai kem KHIDMAT NEGARA selame tige bulan. jadi kepada rakan2 yg berdampingan
dgn sy tidak perlu risau kerana sy lengkap dengan latihan yg cukup.

sy selalu dimarah oleh rakan2 bile lepak makan, kerana acapkali sy tidak berjaya menghabiskan makanan. sbnrnya sy bukan ingin membazir tetapi mungkin kerana usus perut saya agak berbeza dgn manusia yg
lain.. jadi kegagalan menghabiskan makanan selalu menjadi masalah sy.. sy berjanji akan mencuba
ubah sikap.

sy memang suke berkawan, sy sanggup melakukan ape2 saje demi kawan2 termasuklah, membantu
mereka mengangkat plastik selepas shopping, menemani mereka menonton movie terbaru di layar perak, menemani mereka makan malam bila mereka ingin belanje, membawa handbeg mereka ketika mereka
sibuk memilih pakaian baru.. dgn conth2 yg sy berikan itu, cukup utk menunjukkan bertape sanggupnye
sy lakukan ape2 shj dmi kawan2. so, jadi lah kawan sy..

smpai disini sahaje dulu, jika ada sebarang kesangsian bolehla hubungi sy...
prrahhh



kau memang pandai buat aku ketawa la Iwan..i love u so much la bebi!♥



Sri Permaisuri
7.30pm

**it's complicated**

Thursday, July 15, 2010

Kata - kata orang putus asa

kadang - kadang..bukan semua yang kita nak kita akan dapat..
kadang - kadang..kita perlu berhenti mencuba dan terima apa sahaja yang kita ada..
kadang - kadang..kita tak perasan apa yang kita ada sekarang sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita..
kadang - kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik..rupanya ia belum cukup terbaik di mata orang..
kadang - kadang apa yang kita nak sangat tu bukan boleh dapat dengan sekali cuba..


tapi I dah penat sangat nak mencuba..




Melium
1.19pm

**it's complicated**

Thursday, July 8, 2010

Salah ke lelaki dan perempuan berkawan?







Cerita I...

I ada sorang sahabat lelaki. Nama dia Iwan.nama penuh Ahmad Ridzuan Kamarul Zaini. Kami 1 sekolah dr darjah 3 sampai form 5. Masa sekolah I tak pernah bercakap lansung dengan dia. Lepas sekolah baru I close dengan dia. Tu pon sbb I jumpa dia masa PLKN. Since there, I sangat close dengan dia. Dia lah antara sahabat yang ada di sisi I time I ditinggalkan. Dia stay on the phone, Just to hear me cry. Dia juga tak pernah putus – putus bagi semangat time I down. Time I buat perkara bodoh contohnya I potong rambut pendek yg mmg x sesuai lansung dengan muka I, dia tetap akan cakap “ko cute dow”. Dia juga support I semasa I hilang berat badan kerana terlalu kecewa. Die tetap akan berkata “sekali sekala kurus apa salahnya”. Dia juga sahabat yang tak pernah lupa untuk wish goodmorning kat I even I selalu gagal untuk melakukannya. dia tidak pernah lupa untuk belanja I makan setiap kali gaji dan juga tidak pernah lupakan I walau dimana dia berada. I sayangkan dia. Terlalu sayang seperti I sayang Abby, fathi & each. Dia antara sahabat terbaik yang pernah I ada.



Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi I sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Tapi, bukan semua orang boleh terima keadaan ni. Lagi – lagi yang dah berpasangan ataupun dalam proses untuk berpasangan. Mula – mula memang boleh terima sahabat lelaki tersebut. Siap lepak sama sakali. Tapi lama – lama misti ada 1 perasaan tak best yang datang. Even dah explain detail pun..mesti end up ngn gaduh, I tak salahkan lelaki je. If perempuan pun kalau boyfriend ada sahabat perempuan, pasti akan rasa terancam. Yup..memag tak salah ada rasa camtu. Tapi time – time camni la kene praktikkan konsep percaya. Bila dah percaya, selitkan sikit setia. Baru la jalan relationship korang tu. Adoiyai…boleh plak I jadik doctor chenta kat sini. Lagi sekali hilang macho i. adeke…aishh…

Jadi, jika korang memiliki sahabat lelaki atau perempuan, korang kene pandai jaga batas antara korang dan sahabat korg tu. Tak salah pun berkawan. Tapi kena pandai control. Bukan semua orang dalam dunia ni open minded. Banyak hati yang perlu dijaga. Bersahabat tak semestinya akan berakhir dengan percintaan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada korang untuk membentuknya bersama mereka. Selagi korang tahu dimana korang mahu mula meletakkan garisan.



nama lain beliau adalah buah hati pengarang jantung



p/s : BF tak semestinya maksud dia BOYFRIEND. Dia boleh jugak jadik BESTFRIEND. Jadi jangan salah faham.



Sri Permaisuri

12.13am



**it's complicated**