Pages

Sunday, October 9, 2011

Belasungkawa..

Rabu,9.30pm

Aku: long,gambar raya mana?thumbdrive kau bawak balik tak?
Along: ada.jap.

Malam rabu..aku bawak balik kerja.macam biasa,nak start buat kerja kene ambil mood dulu.lama jugak aku tengok gambar raya tahun ni.pasal banyak sangat.ada 2 camera.dari 1 gambar ke satu gambar.then sampai ke gambar aku dengan atok aku.ada 2 keping je gambar aku dengan atok.siap lentok baekkk aku kat dia.mata atok dah tak nampak dah. makin tua,1 persatu pancaindera kita akan diambil.so dalam gambar tu atok just terbeliak mata.mata tak focus kat camera pun.dah habis 2 album aku tengok.tapi tak jugak aku start buat kerja.lastly aku tidur.kerja tak siap.yeah!

Khamis,22 sept

Macam biasa pergi kerja.siap breakfast bagai dalam kereta.sampai office pukul 9.10am.lewat 10 minit.boleh maaf lagi.orang lain sampai pukul 10am.tapi senior la..aku just inform officemat aku,dia punya project aku tak sempat nak check pasal malam tadi aku tetidur.tapi aku janji nak check balik by 4pm.

10am

aku cari senior aku.pasal aku kena handle 1 projek africa.first time buat.mana reti.kenalah menuntut ilmu dulu.lama jugak dia ajar aku.dekat sejam gak la.agak-agak dah penuh ilmu, aku balik workstation aku.check hp ada 3 misscalled from dato' aka bapak aku.aku budget bapak aku call pasal lesen aku.aku pun dengan confident call balik bapak aku.

aku:nape call?tadi ada meeting jap
bapak:adik,balik dik
aku:balik?buat pe?
bapak:atok meninggal
aku:atok?atok mana?(blur jap)
bapak:atok tanjong karang.balik sekarang.jap gi along ambik.dia otw.
aku:aaaa..ok ok.

5minit jap aku blur.sumpah tak tau nak cakap apa. Aku takde pulak dengar atok sakit. Aku call akak aku, dia on the way ambik aku kat office. Aku tak berani nak call mak aku. For sure mak aku melalak.Sampai rumah aku terus tukar baju kurung, capai tudung..

Perjalanan ke kuala selangor rasa jauh betul even highway latar dah siap. Dah tak lalu jalan bengkak - bengkok. Makcik aku call 2-3 kali. Tanya kat mana. Sampai kat umah atok, ramai betul orang. Jiran - jiran semua ada. Aku tak masuk dalam. Mak aku terus masuk, jumpa arwah atok aku for the last time. Lepas solat jenazah, dorang panggil anak dengan cucu cium atok. Atok nampak lain. Kecik je. Tapi muka dia bersih. Masa hidup, atok rajin betul sembahyang. Sebelum azan dah get ready ambil wudhuk. Dengar cerita dari menantu dia (menantu atok aku dengan isteri number 2), atok pergi senang. Lepas makan, dia baring kejap, tiba - tiba dengar nafas atok kuat..mungkin time tu nyawa dah sampai kerongkong..and that's it..

Selesai kebumi, aku dengan cousin - cousin aku lepak makan. Masing - masing kelaparan.. Masing - masing bercerita pasal atok. Allah lebih sayangkan atok. Tapi yang aku kesalkan, raya tahun ni baru aku dapat duit kat atok. Raya - raya tahun lepas..gaji aku tak banyak sangat. So bahagian untuk atok aku tu takde..Mak aku of coz kena ada..Tak banyak pun kenangan aku dengan atok. But at least atok aku still ingat nama aku masa dengar suara aku 20 hari sebelum dia pergi.Atok pergi pada umur 86 tahun. Al- fatihah untuk atok..Mohd Yusuff @ Mohd Yusak bin Subari. Semoga atok tenang di sana..



Raya kedua. 20 hari sebelum atok pergi untuk selamanya..


p/s: Aku draft entry ni seminggu lepas arwah pergi. Lepas baca entry lelaki sesuxx baru aku rajin nak update balik.