Pages

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Kali Ini..











Aku sedih. Ramadhan dah nak habis. Agak menyesal sebab tak buat ibadah betul-betul sepanjang bulan yang mulia ni. Terlalu busy dengan hal duniawi. Semoga dapat bertemu Ramadhan lagi tahun depan. Semoga mak ayah aku juga panjang umur. Dapat puasa bersama lagi. Dapat rasa mak aku masak best-best. Makan luar tak best lansung. Then boleh Terawih sama-sama lagi. Oh ya, terlupa pulak. Selamat hari lahir buah hati pengarang jantung. Takde hadiah best nak bagi. Cupcake yang dibuat dengan penuh kasih sayang je mampu bagi. Wahhh..gitu! Jiwangss plak makk (pedulik kalau korang nak muntah). Amazing we've got this far.


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Quote of the day


"now u know what i do for a living, u shud have to wait. im worth it.." 
- Joe Naflish


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Saturday, August 13, 2011

Happy left-hander's Day!



Happy left-hander's day to all lefty! wuhuu...tahun kedua aku celebrate. Padahal since 1976 dah ada benda ni. Aku baru tahu. Tahun lepas pun aku ada membebel kat blog lama. Tapi entry tu gedik sikit. Boring sikit nak baca. Tak nak bebel panjang - panjang. Here are some facts about lefties. By the way, I'm proud to be lefties. Even some of them call me CACAT. hehe..


15 Left Handed Facts

Did you know....


1. Left Hander's Day was started in August 13 1976 by Left Handers International.

2. About 7 percent of the population is left handed.

3. Lefties are also called "Southpaws".

4. In twins, there is a high tendency for one to be left-handed.

5. 1 in 4 Apollo astronauts were left-handed.

6. 4 of the 5 original designers of the Macintosh computer were left-handed.

7. Left-handers usually reach puberty 4 to 5 months after right-handers.

8. George H.W. Bush, Bill Clinton, and Barack Obama are all left handed. Ronald Regan was left handed too.

9. Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo Di Vinci, and Michelangelo were also left handed.

10. Right handed people use the left side of their brains. Left handed people use the right sides of their brains.

11. Left handers tend to adjust quickly to seeing underwater.

12. Right handers tend to chew food on the right side, left handers tend to chew on the left side.

13. Albert Einstein was left handed.
.
14. Left handed people who have higher I.Q.s tend to have an I.Q. of over 140.

15. In some cultures it is impolite to touch your food with your left hand.

Sources: Squido


Additional fun facts:

Orang kidal juga pandai buat pavlova hokey ;p





p/s: Seriuosly nak buat pavlova ni banyak kos & perlu kesabaran yang tinggi. Pheuwww~



xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Friday, August 12, 2011

LEAVE ME



Dah lama dah. Baru terhegeh - hegeh nak tengok. 


xoxo,
fveinchheel.blogspot

Wednesday, August 10, 2011

Quote of the day

Akal sentiasa memberi alasan,
Alasan sentiasa membunuh keupayaan


p/s : nakal betul si akal ni ye


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Sunday, August 7, 2011

Kelebihan Solat Terawikh




InsyaAllah esok aku dah boleh start puase. So malam ni kira malam pertama aku dapat solat terawih. Huhu..Finally..

As you know..Bulan puasa ni selalu orang cakap bulan cheap sale. Buat pahala, benda baik yang sangat simple pun Allah kira pahala double ok..Tu pun kita kerek, berlagak tanak rebut (i'm one of them =.=). Macam la puasa tahun depan ada chance nak puasa lagi. Antara kelebihan bulan puase adalah solat terawih. Kalau rajin baca kat bawah ni.Pahala dia each day kita tunaikan solat terawih. Baca ni pun dapat pahala taww..Rebut, jangan tak rebut.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Dah habis baca?best kan kelebihan Solat Terawikh ni? Untung jadik lelaki. Boleh buat 30 hari berturut - turut. Hopefully panjang umur, tahun depan boleh buat 1st terawih. Kan?


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Friday, August 5, 2011

Simple ke Pemalas?

Aku seorang P.E.M.A.L.A.S? kau biar betul weh..sentap ni...

Aku terlalu sibuk lately. Sungguh. Tak tipu. Sebab aku kena belajar mende baru. Walau susah pun kena belajar jugak. Takkan nak tukar kerja lain lagi?No no no...Tapi dalam sibuk - sibuk tu sempat gak la curik masa jenguk - jenguk blog kawen. Hehe..Nak tahu apa yang aku cari? Of cozz baju nikah. Yang paling penting aku kena cantik time nikah nanti.P.E.R.A.S.A.N =.=

Apa nak pakai weh??Aku terfikir nak pakai jubah time nikah. Tapi dah pakai mase tunang hari tu..Inspiration dari Hana Tajima dengan Sheira Ayob. Tapi si Sheira tu bukan jubah kot..Yang design baju dia Hatta Dolmat hokeyy..Yang design baju kiteww kedai Mari kat Jalan Tunku Abdul Rahman jewww..huuu..


This is Hana Tajima. (hof kozz korang tau). During her wedding. Simple & nice kan?



Ni pulak Sheira Aiyob. Super duper cantik baju dia..sangat suka tapi sangat tak mampu =.=



Ahahahaha..ini baju aku. (nak jugak letak.kau ingat kau artis?)

Jubah dress from: Butik Mari, Jalan TAR (murah gila ok!)
Tudung satin: from Jalan Tar jugak, then makcik sebelah rumah tolong jahit
Mekap: Sarah Diza merangkap Akak saya




Me & my bestfriend. Confirm dorang marah aku baru nak buat entry tunang nih. Hehe..Ni perangai kitorang lepas family lelaki balik.Abes props pun kitorang buat main. Wahahahaha...
from left: fati,myself,ecah
sit from left: nizah & hajar

Aku ada cerita kat kawan aku, time nikah nanti ingat nak pakai cam mase tunang. Bermakna tak pakai veil,crown,leret-leret...and all those things. Aku nak simple je.Pastu aku cakap sanding pun aku tanak. Dengan selambe dia marah aku. "Kau ni bukan simple. Kau ni PEMALAS.". Aku ketawa macam nak gila masa dia cakap camtu. Ahahahha..yeke aku pemalas? aku save la..pas kawen nak makan pasir ke?Lagipun mase tunang haritu duduk atas pelamin tak sampai 15minit pownnnn....Pelamin lagi mahal dari baju tunang. Huuuu...


Kat bawah ni antara hasil pencarian aku dalam penghasilan idea baju nikah nanti.



Taken from Amrul Kareem. aku suka baju dia. Manik penuh kat dada. Tak tau material dia apa. Tapi fabric material tu aku yakin akan membuatkan badan nampak cantik bila pakai (fyi,aku adalah seorang yang particular pasal pakaian & fabric material. Sangat particular oke..). Haritu dah jumpa kain untuk buat baju kurung macam tu. Kain sahaja RM800. Tak campur upah menjahit lagi. Tapi kain tu memang chantekkk...



Sources: Puteh, Rizalman Ibrahim
Dengar Rizalman Ibrahim dah tahu berapa harga kan? Memang jahanam..Kalu pakai black pun nice kan?Baru Classy. (mampos kena maki nanti)

So far 2 ni je yang berjaya menangkap mata aku. Aku memang simple. Malas nak pakai yang ada kerawang - kerawang bagai. Untuk baju time wedding ceremony nanti aku dah ada design. Tapi kena peram dulu. Takkan nak gitau sekarang. Tak jadik kawen plak aku nanti. Dah jumpa designer..riban-riban gak la nak design baju camtu..Huuu...


p/s: kalau hantaran pun tak yah bagi agak - agak kena maki tak? save ape..boleh simpan duit tu beli rumah


xoxo,
fiveinchheel.blogspot

Thursday, August 4, 2011

Rezeki Ramadhan


Alhamdulillah..syukur kepada Allah..Finally tercapai gak satu cita - cita aku. Hehe..Nak tahu mende? jeng jeng jenggg..Wahahahaaaa..Hajat aku nak beli kereta untuk mak ayah aku tercapai.Umur 25 baru dapat. Lambat betul =.= . Actually since sekolah lagi aku dah janji nak belikan rumah & kereta untuk dorang before aku kahwin. Tapi dah gatal nak kawen dulu. So dapat bagi kereta la dulu.

Nak tahu kereta apa aku bagi? Local car je..tu je yang aku mampu. Ikut hati memang nak ambil import car..tapi makan pasir pulak nanti. Kalau kereta untuk orang tua apa lagi? Saga FL Executive 1.3. Ok la kan? Kereta gak kan?Asal bapak aku boleh bawak bini dia (mak aku) jalan - jalan kira ok laaa. At first aku nak bagi Alza. Tapi bapak aku cakap besar sangat..macam la adik beradik 8 orang. Aku pun ikut je lah kata si penerima hadiah. Save sikit duit ye tak?


Encik baharudin pilih color Blue Rock pasal dia Buya Rock! (buya adalah panggilan kami sekeluarga kepada beliau)
 Hal pilih spec, kaler ape, nak ambil kat mana semua aku bagi kat bapak aku. Kata pun hadiah untuk dia.Of course la dia yang pilih. By the way, kereta ni consider hadiah pasal bapak aku dah nak pencen. Lagi 20 bulan je dia nak berkhidmat untuk DBKL tu. Tu tak kira dia berkhidmat untuk aku since aku lahir sampai aku besar panjang nak kawin dah ni. Agak - agak terbalas tak dengan sebijik kereta yang harga 40k++ ni? Haaa...fikir sendiri.

Hati agak puas. Walaupun kerja banyak tapi masih boleh tersenyum. Heheee..Errr...Mana nak cari duit beli rumah pulak ni?



p/s: Mintak - mintak lepas ni murah rezeki tang lain pulak. AMINNNN...




xoxo,
fiveinchheel.blogspot