Pages

Friday, January 27, 2012

Dress code

Selama aku kerja ni,semua office aku boleh pakai casual. So everyday aku just sarung jeans & top. Since aku berhijab ni, aku slowly pakai long sleeve, kalau baju tu short sleeve, aku akan cover lengan dengan inner. Sebab setahu aku seluruh tubuh aku adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Semalam aku gi office pakai crop tee+inner+sleeveless = total 3 pieces. Aku pakai sleeveless sebab crop tu pendek.Sleeveless aku tu panjang boleh cover bontot besar aku. Sesape yang tak tau cane rupe crop tu, sila google sendiri. Jangan malas.

Suddenly seseorang yang bertudung bertanya kepada aku, "berapa helai kau pakai baju ni? tak panas ke?". aku pandang dia sambil fikir nak jawab ke tanak ni..kalau ikut logik office aku memang hari - hari sejuk. So aku just jawab "level 26 hari ni sejuk gila. sebab tak ramai orang kerja". Sopan kan jawapan aku? kalau nak ikut hati nak je aku jawab seperti jawapan ustazah di atas. Sat gi orang menyampah pulak. Ilmu tak tinggi ada hati nak jawab macam tu =.=

Here some notes from Ustaz Mohd Fairuz Ali Akhbar which I read in FB :

Ramai ayah yang sayang anak2 perempuan mereka, tapi anak2 perempuan itu pula yang akan merendam mereka dalam neraka. Teruknya!!!! Siang malam ayah bersusah payah cari duit untuk keperluan sekolah, pakaian, makanan dan keperluan LAIN anak perempuan, belikan gelang, hantar sekolah hujan2, dan bila dewasa nak kawin, berpuluh ribu ayah berhabis. Kontang kocek ayah. Malangnya, anak yang disayangi itu, dibiarkan oleh ayah dengan auratnya tak sempurna ditutup, ada yang bertudung berbelit2 tudungnya, tapi tangan sampai kelengan telanjang saja, dan boleh nampak ketiak anak yang cun itu bila ia bergerak dengan tangannya. Manis memang manis, comel memang comel, macam tutup aurat sebab bertudung, tapi tetap merebus ayahnya dalam neraka. Kesian bapa. Seluarnya ketat menampakkan punggung yang masak ranum. Aduhai anak perempuan... ayah sayang kamu... tapi kamu rebus ayah kamu dalam neraka.... SubhanAllah. Sampai hati kamu. Tapi salah ayah juga... sebab tak pandai jaga...


Aku sayang bapak aku. Korang?



fiveinchheel.blogspot

Friday, January 20, 2012

2012 transformation

Hari ni hari ke-19 untuk tahun 2012. As usual semua orang konon - konon buat azam tahun baru. Sama lah aku jugak. Aku tak berapa ingat sangat apa azam tahun lepas. Tapi rasanya tak dapat semua. Dan tahun ni, aku tambah lagi 1 azam. hurnm..rasanya bukan azam la..ni boleh kata kewajipan yang tertangguh. Malas nak mukadimah panjang - panjang. I had transformed myself from this (tengok bawah)




Muka Nora Danish yang macam muka aku??siyess???

into this 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Tada!!!tak sama macam Nora Danish pun kan? Aku tau sebab dia tak pakai tudung. Kalau dia pakai macam aku confirm orang ingat kami sisters. Wahahaaa~


Inilah kewajipan yang aku tangguhkan dari hari ke hari. Aku berniat since awal Muharam lagi. Tapi takde kekuatan nak teruskan. Until 1 day aku berfikir, sampai bila aku nak freehair. Aku rasa aku dah cukup puas berfesyen. Dari seluar panjang sampai ke seluar pendek, skirt bawah lutut, atas lulut, berbikini..apa lagi yang aku nak? tak cukup puas dengan nikmat Allah? Bepijak di bumi Allah tapi taknak ikut hukum-NYA. Egonya aku sebagai hamba.

Mula - mula memang aku takut. Siap bedebar - debar pagi tu nak pergi office. Siap bukak balik kot. Tapi aku nekad pakai jugak. Ala..paling kuat pun orang - orang akan pelik dan terkejut lebih kurang seminggu je pun. Aku keluar je bilik, terus jumpa mak aku. Dan takde perkataan lain dari mulut seorang ibu hanyalah Alhamdulillah..nak nanges gak time tu. Tapi tahan. Haha..abes la make up kalau nangis (make up sgt la aku kan)

Situasi kat office..seperti yang dijangka semua orang terkejut. Yang chinese la..agak penat nak explain. Dorang bukan faham pun kalau nak explain panjang - panjang.So cakap je la rambut salah potong. Botak sebelah. Sebab tu pakai tudung. Setel...

Masa 1st day pakai seriusss tengkuk sakit..sebab lilit tudung. Bajet Hana Tajima sangat aku kan?then everyday sakit kepala sebab aku tak biasa ikat rambut. Siap kawan aku yang dah biasa pakai tudung komen aku salah lilit tudung. Wahaha..gila sengal. Aku belajar lilit tudung pun from youtube. Seriuss banyak video. Cantik - cantik plak tu. Tapi depends nak ke tanak la..sebab kadang - kadang tak jadi pun macam diorang. And beginner macam aku ni memang lambat sikit la nak lilit..Bila dah lama - lama ni dah ok. 1 minit dah siap lilit. Tengkuk pun tak berapa sakit, sakit kepala pun dah takde. haha..over sangat aku kan..

Collection tudung?? Seminggu aku berhijab, hari ahad aku dah shopping tudung banyak banyak banyak dengan Ecah kat Jalan TAR. Banyak choice dan murah gilaaaa..aku suka pashmina or shawl. kalau pakai tudung sarung tu, muka aku tak sesuai..collection baju pun semua kena tukar..memang totally tukar wardrobe la..tapi tak la gila punya shopping..ada jugak collection yang lama - lama tu..try mix & match. kalau aku banyaaakkk sangat duit nak shopping takpe gakss..

Tapi bila dah start berhijab ni..banyak nak kena jaga..kena kurangkan dating.sebab kalau dating nanti pegang tangan..aku tak leh nak cakap STOP terus. coz i know it won't happen. takpe..pelan - pelan kayuh..nanti orang menyampah pulak perubahan mendadak ni..tak semua orang boleh terima kan. But the most important thing is aku rasa bila dah berhijab ni lagi rasa selamat, lagi proper dan complete. Kalau tak hati rasa macam gelisah je..macam ada yang tak kena. Tu aku yang rasa la..korang aku tak tahu. Memang banyak cabaran berhijab ni..superb banyak pulak tu..Hopefully Allah tetapkan iman aku yang kadang - kadang tak berapa nak teguh lagi ni..ish..macam ustazah pulak aku kan. haha..

Here aku ada attached video Ini Kisahku by Wardina. Sedih. Memang sedih. Aku dengar cerita dia siap nangis pastu lari masuk toilet. haha..kantoi dalam hati ada taman.


Cantik betul Wardina 


xoxo,

fiveinchheel.blogspot

Tuesday, January 17, 2012

Kali kedua dalam masa 5 tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.