Pages

Wednesday, May 4, 2011

April's Belated Birthday

Ok. Aku tahu sekarang dah masuk May. Baru hari ni aku tehegeh - hegeh nak buat entry nih. **ampunkan patik penunggu gua**



Nama: Siti 'Aisyah Sa'dan
Umur: 25 tahun
Tarikh lahir: 08-04-1986
Status: Single
Kebolehan: Ajar orang subjek Bio even dia just lepak kelas tu sebab dia bosan duduk sorang - sorang. Isn't she's brilliant?



Selamat hari lahir Ecah. Aku doakan murah rezeki, jadik anak yang soleh, sahabat yang baik, semoga bertemu jodoh yang sesuai dan boleh jaga kau. Selamat ulangtahun friendship kita yang ke - 18.walllllaaaahhhh!! Kalau kawen ni agaknya dah 8 anak dah nih. Hehe..








 Seterusnyaaa orang yang menginjak tua adalahhh:

Nama: Fathiyah Nor Ab. Hamid
Umur: 25 tahun
Tarikh lahir: 26-04-1986
Status: Single
Kebolehan: Mengigati jalan - jalan kat Msia ataupun kat tempat lain even baru 1st time datang. Boleh jadik Cikgu Sejarah nih


Kepada Fathiyah Nor,

Walaupun aku kenal ko baru setahun, wallahhh...macam2 kita tempuhi bersama. Aku akui kau seorang pilot yang power. Dan aku pulak secara tiba - tiba akan jadik co-pilot yang power bila bergandingan dgn kau. (pasal takot kena marah.haha). Walaubagaimanpun aku sgt berbangga sebab dapat celebrate bday kau 2 kali berturut - turut even tak bape nak meriah sgt. Pasal tiap kali bday ko je gaji aku tak masuk lagi. Tapi takpe. Lepas ni gaji aku masuk 25hb. So boleh celebrate kat tempat best plak. Namakan saja dimana. Nanti aku claim kat Iwan ataupon Joe. Hahaha...Aku doakan kau murah rezeki, jadik anak yang baik, cepat - cepat bertemu seseorang yang boleh jaga kau. Sorry lerr jarang spent time ngan ko lately.. (pergh..aku sedih tetibe). Tapi takpe. 13 May ni kita nak gi vacation kan? Tunggu kedatangan kami Penang!



Tapi..paling special sekali birthday April ni untuk........................



NAMA: ALI IMRAN MOHD FAIRUZ
JANTINA: LELAKI
UMUR: 1 TAHUN
TARIKH LAHIR: 24-04-2010
STATUS: ANAK NOOR FADZWA & FAIRUZ
KEBOLEHAN: MERANGKAK, MENANGIS BILA TAK DAPAT BARANG, SELONGKAR ALMARI PINGGAN NENEK, DUDUK MENGENDENG KAT ORANG BILA NAMPAK MAKANAN, PANTANG NAMPAK ORANG SIAP - SIAP TERUS GET READY NAK IKUT PEGI JALAN


Malas aku nak buat ucapan untuk budak kecik nih. Bukan dia reti baca. Tapi aku upload pic dia banyak - banyak. Pasal budak ni comel sangat - sangat! Mari nikmati kecomelan budak nih.






















Comel gila kan budak kecik ni? Rhendunyaaaa aunty kat Ali


xoxo,
fiveinchheel

Tuesday, May 3, 2011

DRAMA KITA WAJAH KITA. KITA? TANAK AH!

21 apr - 9 may. Aku lepak rumah lepas resign dari company gila tu. Sementara nak start tempat baru, aku ingat nak kerja part time mana - mana. Tapi tak jumpa plak. Last - last lepak rumah je la..Nak tahu apa aku buat? bangun tido, tengok tv, makan, tido balik. Aku hanya akan keluar if dapat invitation dari sesape (Encik boifren la sape lagi). Pernah 1 hari aku sakit kepala sebab tak keluar rumah 1 hari. Yelah..dah biasa kerja kot. Bila stay rumah lama - lama otak jadik beku.

Kalau dah duduk rumah of coz aku jadik mak - mak. Semua drama kat tv aku hafal hokey..Tapi tujuan aku buat entry ni bukan sebab nak cerita betapa bestnyaaaa drama - drama melayu kat tv ni. Aku mahu beri kutukan hokey..kutukan membina. Kalau aku tak cakap mende ni aku rasa hati aku tak tenang.

Kalau siapa - siapa pernah tengok Lu Fikirla Sendiri - Nabil, confirm agree dengan dia. Drama melayu sumpah tak berkembang lansunggg! Antara cerita dorang:

1- Business nak juta - juta. Tak main la takat business jual nasi lemak tepi jalan
2- Sakit. Sakit nak barah otak, jantung. Takkan nak sakit tibi, demam kuning plak. Ko gila?
3- Awek kena innocent nak mampos, orang buli pun terima je
4- Repeat pelakon yang sama belakon. Kalau boleh dalam 1 hari tu kena muka dia je keluar dalam semua drama hokey!





2 poster ni drama melayu yang aku tengok. Tengok poster pun dah tahu kan? 2 awek 1 lelaki. Sorang awek muka suci abes pastu lagi sorang muka bitchy. Pastu jalan cerita macam yang aku sebut kat atas. Berkembang ke tak tu?


Tapi, baru ni aku tak sengaja minat sorang pengarah ni. Nama dia Khabir Bhatia. Dan aku selalu gaduh dengan Encik Boifren. Dia kata Khabir Bhatia india tulen. Cerita dia semua lebih kurang macam hindustan. (ye je so boifren nih) Ape dah takde pengarah melayu lain ke yang aku nak minat? Laa...memang dah takde kot. Tengok la drama ape yang dorang buat? Tipikal abes. Macam la perempuan melayu ni asyik nak berebut jantan je.




Aku start 1st episode tengok juvana ni aku asyik jadik sound effect. Sakit wokk dorang main belasah - belasah. Cerita ni best. Aku suka. Aku tak pakse korang tengok pon. Kalau still nak follow cerita Asmara pun takde hal. Mana tau lepas ni ada sambungan Asmara 3.


Tapi dalam banyak - banyak cerita, 1 ni je yang bebetol buat aku suka gila nak mampos. Sampaikan begaduh - gaduh dengan Encik boifren kalau dia ajak keluar time hari ahad. Kalau keluar gak, aku pakse dia hantar balik before pukul 7. Nak tahu cerita apa?hehe..meh tengok bawah meh..Scroll bawah sikit..

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V



Boboiboy. Ahad. 7pm.


Umur 25 layan kartun? Oklah tu kan. Hilang gak problem aku layan kartun yang memang tak logik ni. Nama watak antagonis dorang best wohh..Adu Du nama dia. Power kan?. Ahahahaaa..ahaaaaa...haahaaa...
**eh aku sorang je ke yang gelak?**



p/s: Rasa lega lepas buat entry ni. Hilang stress. Malam ni boleh tidur lena