Pages

Saturday, April 10, 2010

petua of the day

Merawat Sunburn

kukus sebiji kentang dan lenyek sehingga halus. Kemudian tempelkan pada kulit yang terkena sunburn



Scrub Pencerah Tubuh

Goreng beras tanpa minyak selama 10 minit. Kemudian kisarkan sehingga halus. Gosokkan ke tubuh ketika mandi. Amalkan 3 kali seminggu. Selain cerah, kulit juga akan lembut. (sekarang i pakai yang ini. tapi sebab i malas + baru balik dari Sabah, kulit tak cerah - cerah jugak. cume macam lembut sikit laa)


Mencerahkan Kulit Muka


1 - Parut seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam. (mana i nak cari ubi kayu)


2- Campurkan parutan lobak merah, kuning telur sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air tanpa sebarang pembersih muka. (tak pernah try lagi nih)

3- Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari. (aish..cam pelik je yang ni.boleh pecaya ke ni?)


Menghaluskan Kulit


1- Sapukan lendir yang terdapat di dalam buah tomato. Biarkan kering dan wapkan muka dengan air panas kira-kira lima minit. Cuci seperti biasa. (ok.yang ni i selalu buat.memang best.kulit pun sedap je nak pegang)

2- Ambil segenggam beras pulut kemudian disangai (digoreng tanpa minyak). Beras pulut yang sudah siap tadi diletakkan di dalam mangkuk dan perahkan sedikit air limau nipis bersama asam jawa. Biarkan hingga kembang. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian basuh dengan air bersih. (ni pun sangat mujarab)


Awet Muda (untuk wajah)

Selepas bangun tidur, amalkan air suam segelas dan selawat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insyaallah muka akan berseri - seri dan kekal awet muda. (i buat 3 hari je.lepas tu i lupa. hehe..)



No comments:

Post a Comment

hey it's you!