Pages

Wednesday, September 22, 2010

Mukabuku


Dulu masa I buat FB ni I just nak add kawan baik I Ecah. Lepas tu nak buat bodoh je. Sebab I tengah sebok layan myspace. Lama - lama makin hype pulak FB nih. Tiba - tiba kawan sekolah yang dah lama tak jumpa boleh jumpa balik, yang kurus jadik gemuk, yang gemuk tetibe slim river..macam - macam la. Balik kerja penat - penat pun ngadap menatang ni. Ntah ape yang best sangat ntah. Komen 1 pic then melarat - larat sampai cerita ntah hape - hape.

Tapi lama - lama I makin menyampah dengan FB ni. Sebabnya mende macam racun. Menyakitkan. Lagi - lagi kalau ada relatives yang add. Nak tanak kena approved la jugak. Kang dicop Si tanggang pulak. Kalau dapat makcik - makcik yang sporting xpe gak. Ni dapat yang mulut kepoh, pic dalam tu plak kemain sopan lagi. Dah jadik gosip masa raya. Hamboi...glamour kejap mak nok!

Lagi 1, FB ni dah jadik macam tempat luahan perasaan. Asal gaduh dengan tunang nak buat status, keluar dengan boyfriend nak bgitau 1 dunia. Kang kalau komen kang dah tentu dia punya reply "kalau tak suka jangan baca". Ek ele..ko hengat aku hadap sangat nak baca ke? Dah tentu - tentu keluar kat news feed. Sudahnya I hide terus orang gila publisiti camtu. Paling kejam I delete terus (rasanya delete I selalu buat)

Rasanya paling glamour sekarang orang kawen invite pakai FB je. I tak kesah sangat pun. Tapi ada jugak la some of my friends yang komen "ceh, ingat mat saleh ke nak invite pakai FB?kita orang melayu la. Kalau tak dapat bagi kad, call pun boleh kan?". Yang ni I tak boleh nak cakap apa. Kalau orang invite tu, pergi sudahh...Nanti kalau I kawen takde orang nak datang plak. Lagipun mulut orang mana boleh tutup. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.

I punya FB ni tunggu masa jugak nak deactivate nih. Album pun dah banyak I hide. Macam takde motif je nak letak album banyak - banyak. Bosan orang tengok.


p/s: Kalau tak puas hati dengan adik - beradik, kawan - kawan tak payah kot nak buat status. Putus sedara, putus kawan tros kang padan muka. Rasanya orang yang pendek akal je buat camtu. Setuju?


Sri Permaisuri
11.13 pm

**it's complicated**


4 comments:

  1. bkn stakat fb je babe, blog pon boley!!

    ReplyDelete
  2. fb aku sekadar nk bg tau kt semua org yg aku masih hidup. boleh tak?

    ReplyDelete
  3. Fathi:aah kn.blog lg hebat.fb boley buat status je. klu blog boley selongkar cite zaman tuk kaduk skali. 1 dunia boleh baca

    ecah: boley boley..kalau aku mati nnt ko update sume org pakai acc aku ok. ko kn ada pswrd aku.ko lupe?

    ReplyDelete
  4. hahahahaha.. tu aksi yang melampau.

    ReplyDelete

hey it's you!