Pages

Tuesday, May 25, 2010

Gangguan Makhluk Kasar



U oll (gadis terutamanya) pernah tak kalau u all sedang berjalan pergi kerja atau pergi lunch ke...samada berseorangan atau berkumpulan..pernahkah u oll kena kacau dengan bunyi siulan atau bunyi macam cencurut? atau dijerit sekuat hati? atau ada yang sambil naik motor sambil cakap "hai". atau dikejutkan dengan bunyi enjin motor yang dipandu laju sebelah u all macam tak pernah nampak perempuan?atau pernahkah u oll diekori kereta apabila berjalan seorang diri?



I amat pasti u oll semua gadis - gadis pernah mengalami pengalaman sebegitu bukan? nak - nak lagi yang pergi kerja kat jalan yang sunyi terutama kawasan kilang. Sebenarnya bunyi - bunyian tersebut bukanlah datang dari burung - burung atau cencurut yang terlepas dari kurungan mencari makanan. Bunyi tersebut datang dari manusia yang berjantina LELAKI. I tak tahu la apa yang best sangat dorang ni kacau - kacau macam tu. Apa yang bestnya? Kalau kacau dapat nombor telefon ke, dapat balasan at least senyuman ke takpe jugak. U all ingat u all dapat senyuman ke? dah tentu u all dapat sumpah seranah.


Cuba la you all bayangkan kalau u oll lelaki ni di tempat perempuan. ataupun perempuan pulak yang kacau u oll. haaa...time tu apa u all rasa. kami yang gadis ni..pergi kacau - kacau, mintak nombor telefon, buat bunyi - bunyian..atau paling best kami menghakimi fizikal you all. contohnya la.."mak oi..bapak besar bontot. u ni lelaki ke perempuan?" atau pun begini "erk. muka tak hensem la.cancel la weh". haaa...apa perasaan u oll?mesti u oll rasa macam nak terjun dalam laut. atau pun u all terus cari slimming centre. betul tak?macam tu la perasaan kami kaum wanita tahu? kadang - kadang tu bila you all buat bunyi - bunyian tu kami rasa macam kami ni berjalan tak pakai baju. I tahu bukan semua lelaki buat perangai macam tu. hanya mereka yang takde perasaan malu je buat macam tu. you all tahu tak kami ni takut taw bila you all ikut naik kereta. lagi - lagi kalau jalan sorang - sorang. Tuhan je tahu apa kami rasa time tu. kalau ada pisau dah lame kami rodok - rodok perut pengacau tu. (tetibe nak jadi pembunuh bersiri)


Untuk pengetahuan you all kaum lelaki, perempuan ni terbahagi kepada beberapa golongan. golongan tersebut ialah:


  • Niat hati nak maki. tapi maki dalam hati
Ok. golongan begini selalunya dia jalan sorang - sorang. Orang berani kacau pasal dia jalan sorang. Kalau dia kena kacau dia akan buat 2 riak muka. First muka cuak sampai kening boleh bercantum. Second muka cool je. Sambil tu mulut terkumat - kamit. u all ingt terkumat kamit tu dia tengah bace Al-fatihah ke? dia terkumat - kamit sebab dia tengah sumpah - seranah tahu? contoh sumpahan dia "kurang hajar betul la dia ni. ko tengok la depan tu mati kau kena langgar lori." haaaa...nampak tak?u oll ingt kes - kes rempit yang accident selama ni sebab sumpahan orang - orang yang kena kacau ni taw. lagi power dari sumpahan Mahsuri.

  • Ada yang terus maki
Haa...Golongan ni memang power. Dia jalan sorang - sorang. U oll tengok je dia sorang. tapi kat tangan, kat beg, kat kepale tu semua ada senjata tersembunyi. Contohnya payung di tangan. Sekali je u oll kacau die, die tak tunggu lama. sepatutnya dia kena jalan terus, dia terus belok kiri dan berjalan ke arah u oll dengan yakinnya. lepas tu u oll imagine sendiri la apa jadik. dah tentu - tentu u oll kena sekolah dulu then kene hempuk dengan payung sebagai penutup tirai.


  • Ada yang simpan dulu, esok baru meletup
Baiklah..untuk golongan yang terakhir ni selalu dia akan meletup bila dia dah tak tahan. tapi..u oll jangan fikir dia akan serang u oll seorang diri. dia datang bawak back up ok. samada datang bersama abang atau boyfriend atau kawan lelaki yang badan memasing macam Kuman, macam Afdlin Shauki, macam Bob Lokman. Time tu baru u oll tahu langit tu tinggi ke rendah. Jangan esoknya u oll demam or terus pakai kopiah pergi kerja sudah!



I tahu selalu yang kacau - kacau rempit yang tak bertamadun. yang tak tahu adab. tak tahu hormat orang. menyirap betul. cuba kalau adik dia ke, kakak dia ke yang kena kacau depan mata dia or kena kacau dengan kawan serempit.Haaa..time tu apa dia rasa?..tapi orang macam tu memang takkan stop selagi tak kena hempuk dengan payung. I punya wish 1 je, i teringin sangat sepak dorang time dorang bawak motor laju jalan sebelah I. Puas hati I dapat tengok dorang jatuh tergolek. Baru padan muka!



::entry ni berdasarkan pengalaman, research, observation selama i pergi kerja jalan kaki ke pejabat setiap hari. Takut ok. kena kacau dengan hantu pun tak setakut kena kacau dengan rempit - rempit ni::



3.17am
Sri Permaisuri

**it's complicated**



No comments:

Post a Comment

hey it's you!