Pages

Tuesday, May 18, 2010

Apa yang Perempuan Lakukan Kalau Putus Chenta?



Gadis - gadis di luar sana..pernah putus cinta?pernah ditinggalkan sang kekasih yang tak guna?haaa...mesti pernah kan?ok. i nak tanya. Normally apa perempuan akan buat kalau putus cinta? Based on my research..(ecehh..kemain research lagi kau kan.mak kau suruh belajar masak kau takde masa pulak. buat research merepek ni ada pulak masa). Perempuan akan buat benda - benda yang tak masuk akal kalau putus cinta. Antara perkara merepek tu adalah seperti:


  1. Makan banyak sampai berat badan naik
  2. Tak makan sebab takde selera sampai badan kurus kering
  3. Menangis bagai nak gila
  4. Potong rambut
  5. Travel
  6. Shopping sampai pengsan
  7. Kembali pada yang Esa

Ini la antara perkara - perkara merepek yang perempuan akan buat. (kecuali KEMBALI PADA YANG ESA. tu tak merepek ok. tu patut jadi perkara paling 1st kita buat. Credit to Wong Aiman). I percaya..masa bercinta tak buat pun semua tu. Tapi bila putus cinta..mak aih..tiba - tiba hormon menggila. Kalau buat macam tu budget boleh dapat balik sang kekasih. lagi sang kekasih pergi menagih cinta dekat kancik baru lagi ada..lagi kecewa kott...rasa macam nak jatuhkan sumpah Mahsuri pun ada ke atas Sang Mantan. (bukan lagi sang kekasih ok)


Nak tahu kenapa i highlight sentence POTONG RAMBUT tu? Sabtu lepas, i kena racun dengan Cik Salmah sayang. dia suruh i tengok movie korea ni. Tajuk dia A Moment To Remember. Dalam banyak - banyak scene dalam movie ni, I perasan 1 scene yang mana heroin tu pergi salun potong rambut lepas dia tak jadi kahwin dengan pujaan hati beliau. Sebelum dia decide nak potong rambut pendek tu stylist dia membebel - bebel apa kena - mengena rambut dengan putus cinta. Lepas kena sekolah dengan stylist tu baru la dia takut nak buat rambut pendek. Dia potong sikit je. Sila tengok sendiri scene kat bawah.





*A Moment to Remember*

Movie ni best wohh...siyes tak tipu


I pernah juga terfikir kenapa potong rambut?apa salah rambut? apa kena - mengena rambut dengan perpisahan korang? Ni pendapat i sendiri la ye..perempuan bila frust dia potong rambut mungkin sebab sang mantan dia dulu sangat suka awek dia rambut panjang. Konon - konon boleh belai - belai laa...tak pun kalau nak menari macam hindustan kat tepi tasik bukan ke memerlukan rambut yang panjang? So mungkin begitulah pendapat sang mantan. Disebabkan rambut adalah salah satu part yang sang mantan amat gemari jadi I rasa potong rambut mungkin dapat melupakan kisah cinta yang tak kesampaian itu.. haaa..logik tak teori i ni? logik kan?logik kan? tapi make sure potong rambut jangan lah pendek sangat macam ada 1 movie lakonan Sofea Jane. I tak ingat apa tajuk dia. Tapi dalam cerita tu dia frust jugak. tapi lagi ganas ah..potong rambut sendiri sampai pendek pastu jadi tomboy. Heh. pendek akal betul. Remember 1 thing. Time heals everything.


*kancik bermaksud awek (i rasa bahasa rempit ni.eh..kantoi i rempit.hahaa)





12.08am
Sri Permaisuri

**it's complicated**


6 comments:

  1. ppl tends to do stupid things when in or out of love... ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha...research ni ko nk wat..research blaja masak xnk..

    ReplyDelete
  3. wakakakakaaa...nak buat cane.dah cita - cita aku nak jadik lecturer subject research development. bkn chef. tu yg mak aku soh blaja masak aku tak layan

    ReplyDelete
  4. aku putus cinta jd kurus. bzkan diri dekat gym. hehehe

    ReplyDelete
  5. messy: aku pong!hahaa..40kg kot berat aku time tu

    ReplyDelete

hey it's you!